Nenek Daler Yusuf kritikal kerana jangkitan Covid-19 - “Saya tak tahu nak buat macam mana... dia dalam keadaan koma”

Daler bimbang keadaan kesihatan neneknya yang sedang kritikal kerana Covid-19.

PELAKON Daler Yusof memaklumkan neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan akibat dijangkiti Covid-19 kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru wanita berusia 76 tahun itu.

"Assalamualaikum semua, nenek Daler positif Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.

ARTIKEL BERKAITAN: Liat bayar hutang punya fasal, Daler Yusuf dedah Sherzod bukan adiknya

"Dia sekarang ini dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan teruk," katanya menerusi Instagram pada Rabu.



Nenek Daler kini sedang menerima rawatan di Uzbekistan.

Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini turut berkongsi foto bersama wanita itu.

Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu.

Daler tak tahu nak buat macam mana... tolong doakan nenek saya, please!

DALER YUSUF

PELAKON

Justeru itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar neneknya sembuh daripada jangkitan virus tersebut.

"Daler tak tahu nak buat macam mana... tolong doakan untuk nenek saya, please!," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan supaya nenek Daler terus kuat melawan Covid-19 dan sihat seperti biasa.

Hasil semakan di laman sesawang Worldmeters, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Daler Yusuf, nenek, covid-19, uzbekistan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik