Kacak, berduit dan jadi idaman wanita... ini senarai 5 selebriti 'hot' bergelar suami setia pada isteri

Aeril Zafrel dan Alif Satar antara selebriti yang menjadi idola dan contoh suami idaman.

SEJAK kebelakangan ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah curang dalam rumah tangga selebriti.

Minggu lalu, penyampai radio dan pelawak Shuk Sahar didakwa berlaku curang terhadap isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah apabila dituduh mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar curang? Isteri didakwa tahu cerita sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mertua kesal anak dicerai Imam Muda Syed Faris selepas nikah wanita lain - “Alasan dia kahwin lain sebab nak bantu kewangan keluarga”

Selain Shuk, hal rumah tangga Imam Muda Syed Faris turut hangat dibincangkan apabila isterinya iaitu Nur Hidayu Rosly tampil mendedahkan sudah bercerai selepas pendakwah selebriti itu bernikah lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua selebriti ini belum lagi tampil membuat sebarang kenyataan berkaitan isu berkenaan.

Tidak mahu bercerita panjang tentang kontroversi curang tersebut kerana masih ada lagi selebriti yang menjadi inspirasi dan menjadi contoh sebagai suami idaman.

Berikut mStar senaraikan lima selebriti berstatus suami hot tetapi tetap setia dengan isteri masing-masing.

Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal.

1. Aeril Zafrel

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi inspirasi kepada golongan muda yang menganggap mereka sebagai pasangan romantik.

Aeril yang sering berkongsi foto dan video kemesraannya bersama Wawa kerap menjadi perhatian netizen yang mencemburui hubungan mereka.

Pasangan ini sama-sama membina empayar perniagaan kosmetik mereka sehingga kini sudah bergelar jutawan.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Mghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.



Aaron dan isterinya, Diyana Halik berkahwin pada tahun 2003.

2. Aaron Aziz

Sepanjang 17 tahun perkahwinan, pelakon Aaron Aziz sekali pun tidak pernah terlupa untuk mengekspresikan penghargaannya kepada isteri tercinta, Diyana Halik.

Menerusi sebuah temu bual, Aaron berkata rahsia kebahagiaan rumah tangganya selama ini adalah sikap tolak ansur yang diterapkan menjadikan hubungan mereka sentiasa utuh.

Aaron turut memberitahu bahawa isterinya itulah menjadi tulang belakang sepanjang dia bersusah payah membina kerjaya di negara ini.

Aaron dan Diyana yang berasal dari Singapura itu berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Alif Satar bersama isterinya, Sha Dila Halid.

3. Alif Satar

Penyanyi Alif Satar terkenal dengan sikap romantik terhadap isterinya, Sha Dila Halid yang sentiasa menjadi inspirasi kepada golongan muda.

Alif antara selebriti yang selalu dikaitkan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita.

Menerusi satu temu bual Alif memberitahu kepercayaan adalah perkara utama yang perlu ada dalam sesebuah hubungan selain sentiasa sedar peranannya sebagai suami dan bapa.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pda 15 September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad Ali yang berusia 11 bulan.

Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 2016.

4. Saharul Ridzwan

Selama tempoh perkahwinan yang dilalui sejak empat tahun lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isteri Qaabila Deena Emir bijak menyimpan rahsia rumah tangga.

Saharul pernah menceritakan hajat isterinya yang meminta ditemukan jodoh semasa sambutan hari lahirnya.

"Lepas kahwin baru dia cerita pada saya hajat dia. Pada pagi yang saya menelefon dia tu, dia dengan kawan-kawan dia tengah menyambut ulang tahun kelahirannya.

"Kemudian, kawan-kawan baik dia suruh dia doa sesuatu sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku. Lepas dia aminkan doa, saya yang menelefon dia. Jodoh kan?," kata Saharul.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan sahaya mata Muhammad Luth Ali, 2, dan Fateema Azzahra yang lahir pada Jun lalu.



Izzue dan isterinya Awin reda masih belum dikurniakan anak.

5. Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam antara selebriti kacak yang menamatkan zaman bujangnya ketika berada di ambang populariti.

Bekas ahli kumpulan Forteen itu berkahwin dengan pengurusnya Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, pernah diminta berkahwin lain, namun katanya, ia bukan jalan penyelesaian terhadap ujian rumah tangga yang mereka hadapi itu.

Malah Izzue menganggap beristeri dua bukanlah satu kejayaan bagi seseorang lelaki sebaliknya hanya akan memberi kesulitan dalam kehidupannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain