Hubungan rapat Amira Othman dengan adik-beradik jadi inspirasi, ini rahsianya - “Ibu bapa saya tak bandingkan anak-anak”

Amira Othman tidak pernah merasa iri hati dengan adik-beradik yang lain.

HUBUNGAN rapat penyanyi Amira Othman bersama lima adik-beradiknya sering menjadi inspirasi kepada netizen yang ingin mengetahui rahsia mereka dibesarkan.

Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 27, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah sesekali membandingkan kebolehan dan kemahiran anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi

Malah, bapanya sentiasa berpesan setiap seorang dari mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

"Jangan pernah bandingkan anak-anak anda. Ibu bapa saya takkan bandingkan anak-anak mereka.

Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain.

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

"Saya ingat lagi dulu ayah cakap, Allah Maha Adil... dia akan bagi anak-anak ada kurang ada lebih.

"Kalau seorang lebih dekat pendidikan, ada seorang lebih pada bakat atau kemahiran. Seorang tak minat belajar, seorang lagi mengulang kaji sampai tak tidur," katanya.

Kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini juga berkata, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang menjadi minat mereka adik-beradik.

Hasil didikan itu juga membuatkan mereka tidak pernah ada sifat iri hati antara satu sama lain dan menganggap kelebihan masing-masing satu rezeki.



Amira (dua dari kanan) bersama empat daripada lima adik-beradiknya.

"Jadi, dia tak akan paksa kami atau bandingkan kami antara satu sama lain. Apa yang kami minat dia akan setuju, dengan syarat buatlah dengan bersungguh-sungguh sampai jadi.

"Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain.

"Pada kami, apa yang adik-beradik lain lebih adalah rezeki. Kami semua ada rezeki masing-masing yang Allah akan bagi," ujarnya.

Amira merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik.

Selain Irfan Haris, penyanyi ini turut mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amira Othman

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik