suria

Fasha Sandha tak kedekut kongsi wajah dan nama bayinya hari pertama kelahiran - “Terima kasih kerana mendoakan baik-baik untuk Aisha”

Wajah Aisha, anak perempuan Fasha dan Aidil Aziz selepas beberapa jam dilahirkan.

JIKA segelintir selebriti memilih untuk merahsiakan nama dan wajah bayi mereka selepas dilahirkan, berbeza pula dengan pelakon Fasha Sandha yang dilihat tidak kedekut untuk berkongsi mengenai anaknya yang lahir pada Jumaat.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, menerusi laman Instagram berkongsi wajah bayi perempuannya yang diberi nama Aisha selepas beberapa jam melahirkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah, comelnya ‘baby girl’ Fasha Sandha! Aidil Aziz cuti sebulan jaga anak dan isteri berpantang

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga mengucapkan terima kasih kepada doktor yang menyambut kelahiran anaknya iaitu Datuk Dr Rafi serta seluruh tenaga kerja dan peminat yang mendoakannya.



Fasha berkongsi wajah dan nama anaknya di Instagram.

"Assalammulaikum dunia, hari ini hari pertama (Jumaat) Aisha ke dunia ini. Hari Jumaat, 7.8.2020. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk Aisha, ibu dan seluruh keluarga.

"Terima kasih team Datuk Dr Rafi daripada UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua," tulis Fasha.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan netizen yang juga memuji wajah comel anak perempuan Fasha.

Bagaimanapun, sehingga kini Fasha mahupun Aidil tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai proses kelahiran bayi sulung mereka.



Fasha bersama suami dan dua orang anaknya.

Pada Jumaat, Aidil Aziz meluahkan rasa syukur apabila isterinya Fasha selamat melahirkan bayi perempuan mereka yang ketika itu hanya diberi gelaran 'Baby A'.

Teruja dengan kelahiran itu, pelakon drama Kamar Kamariah ini berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan untuk menemani dan menjaga isterinya ketika berpantang.

Pada Jun tahun lalu, Fasha pernah mengalami keguguran hingga menyebabkan dia berasa fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai kehamilan.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain