suria

Percutian impian bertukar tragedi, pasangan kekasih lengkap vaksin terpisah akibat Covid-19

Haddock masih dikesan positif Covid-19 pada ujian saringan kedua sedangkan kekasihnya disahkan bebas wabak itu.

PERCUTIAN sepasang kekasih ke Majorca tidak berjalan seperti diharapkan sebaliknya terpaksa berdepan ‘bencana’ apabila seorang daripada mereka positif Covid-19.

Pasangan dari Merseyside, Tom Selsby, 23, dan Lauren Haddock, 18, sepatutnya pulang ke Britain Sabtu lalu namun hanya seorang daripadanya dibenarkan meninggalkan Majorca.

Jumaat lalu, Selsby dikesan positif wabak itu dan kedua-duanya dihantar ke hotel untuk menjalani kuarantin secara berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pening kepala pilih tempat makan? Lelaki ini cipta software bantu teman wanita pilih restoran

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup habiskan wang untuk kelihatan seperti Barbie, wanita ini mahu klon diri sendiri

Kemudiannya, pihak berkuasa Sepanyol memberitahu yang Selsby sudah pun bebas daripada jangkitan dan dibenarkan pulang menaiki pesawat.

Tidak_Boleh_Balik

Tom Selsby dan Lauren Haddock dihantar ke hotel untuk menjalani kuarantin secara berasingan.

Bagaimanapun, Haddock masih lagi diuji positif Covid-19.

“Sukar untuk saya percayakannya. Dia (Selsby) didapati negatif dan saya masih positif, bermakna saya tidak boleh pulang bersamanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Tom perlu kembali bekerja, jadi saya biarkan dia pulang. Ia sesuatu yang menjanggalkan dan saya fikir saya mahu terbang pulang selamatkan diri.”

Ketika ini, Haddock jelas bingung bagaimana boleh dikesan positif dan mengatakan dia serta Selsby sudah pun lengkap mendapatkan vaksin.

“Pada hari kelima, ujian PCR mendapati saya negatif namun pada ujian kedua, saya kembali positif.

“Saya dan Tom sudah pun mendapatkan vaksin sebelum terbang ke Sepanyol. Apa yang kami mahu jelaskan isu ini adalah untuk memberitahu apa yang boleh berlaku.” – Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



sepanyol, cuti, covid, positif

Artikel Lain