suria

Ibu durjana terima padah! Sibuk berparti hingga biar anak mati kebuluran

Tangkap layar Verphy Kudi, 19 ketika menghadiri menghadiri konsert muzik di Elephant and Castle.

SEORANG remaja 19 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan meninggalkan bayinya keseorangan hampir enam hari semata-mata mahu berparti bersama rakan-rakan sempena hari kelahirannya.

Menurut pihak pendakwa raya, kejadian tragis itu berlaku pada 2019 apabila Verphy Kudi sibuk menghadiri konsert muzik 1990-an di Elephant and Castle sementara bayinya berusia 20 bulan, Asiah ditinggalkan berseorangan di flat kediaman mereka yang terletak di Brighton.

ARTIKLE BERKAITAN: Percutian impian bertukar tragedi, pasangan kekasih lengkap vaksin terpisah akibat Covid-19

ARTIKLE BERKAITAN:Gadis alami masalah mental hingga lupa wajah keluarga akibat Covid-19

Asiah meninggal dunia akibat jangkitan influenza dan kelaparan selepas ditinggalkan tanpa keseorangan selama lima hari, 21 jam dan 58 minit, kata pendakwa raya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apabila paramedik tiba di tempat kejadian pada 11 Disember 2019, Kudi yang berada di rumah berada dalam keadaan gelisah, tertekan dan bingung manakala anak perempuannya terbaring di lantai.

Kudi hadir ke Mahkamah Lewes Crown pada Jumaat, 6 Ogos 2021, dan dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku bersalah di atas pertuduhan membunuh anaknya.

Dia menangis sebaik sahaja mendengar hakim menjatuhkan hukuman penjara tersebut sebelum dibawa pergi oleh kakitangan mahkamah.

Hakim Laing berkata, mangsa mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan sebelum mati sendirian di rumahnya.

Tambahnya, Asiah merupakan anak kecil yang tidak berdaya dan bergantung sepenuhnya kepada Kudi sebagai ibu untuk menyediakan keperluannya.

Laing memberitahu Kudi bahawa dia telah "mengkhianati kepercayaan Asiah" dengan mengutamakan keinginannya untuk meraikan ulang tahun kelahiran berbanding keperluan anaknya. - Dailymail

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Verphy Kudi, bunuh anak, parti

Artikel Lain