suria

Dapat daging korban nanti boleh cuba resepi salad daging... nyum!

Salad daging yang cukup enak dan menyelerakan.

JUMAAT ini umat Islam bakal merayakan Hari Raya Aidiladha dan pastinya ramai daripada kita akan menerima daging korban.

Selain memasak rendang, apa kata kali ini cuba sedikit kelainan dengan membuatkan kerabu daging?

Bukan sahaja enak tetapi resepi yang dikongsi portal Kuali ini cukup menyihatkan. Apa tunggu lagi, jom cuba!

ARTIKEL BERKAITAN: Makan bersama nasi panas, sambal belacan... Kari udang petai memang mengancam!

Bahan-bahannya:

250 gram daging

(A)

1 sudu makan air panas

1 sudu makan jus lemon

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos ikan

Sedikit minyak bijan

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit gula

Pelbagai sayuran mengikut kesukaan

2 biji bawang dipotong

1 sudu makan cili merah

1 sudu makan cili padi

1 sudu makan daun ketumbar

Sebiji timun dipotong

1 biji bawang dipotong

2-3 helai daun kubis (hiasan)

1 sudu makan biji bijan (hiasan)

Cara-cara membuatnya:

1. Perap daging dengan sedikit lemaknya dan panggang, kemudian potong menjadi nipis.

2. Gabungkan semua bahan-bahan (A) dalam mangkuk. Masukkan daging yang dipotong dan gaul rata.

3. Campurkan semua sayur-sayuran pilihan anda, kemudian taburkan di atas pinggan yang dihias dengan daun kubis. Tuangkan daging di atasnya.

4. Taburkan biji bijan dan sedia dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa MB Selangor meninggal dunia