suria

Makan bersama nasi panas, sambal belacan... Kari udang petai memang mengancam!

Kari udang petai cukup enak dimakan bersama nasi panas.

SELAIN durian, petai turut banyak dijual ketika ini dengan harga yang cukup murah.

Biasanya, kita buat petai sebagai ulam untuk dicicah bersama sambal belacan tetapi apa kata kali ini, cuba resepi udang kari petai yang cukup istimewa.

Aroma kari dan petai selain rasa manis udang membuatkan menu ini cukup berbeza daripada kari biasa yang kita makan. Apa tunggu lagi, jom cuba resepi seperti dimuatkan dalam portal Kuali.

ARTIKEL BERKAITAN: Telan air liur tengok ikan siakap bakar... apa kata buat sendiri lagi sedap!

Bahan-bahannya:

250 gram udang galah

50 gram petai

3-4 sudu makan minyak

1/2 biji bawang, dipotong

1/4 sudu makan halba

1 batang daun kari

2 batang serai, diketuk

70 gram terung, dipotong

125 ml air

100 ml santan

100 ml susu cair

3 helai daun limau

Bahan kisar

3 biji bawang putih

3 biji bawang merah

2 inci halia

1 sudu makan serbuk kunyit

2 inci lengkuas

1 sudu makan serbuk kari

1 sudu makan udang kering

1/2 sudu belacan

Bahan perasa

1/2 sudu makan minyak ikan

1/2 sudu makan gula

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan udang dan kupas petai sebelum diletakkan ke tepi.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang, halba sehingga ia lembut dan naik bau.

3. Tambah bahan kisar, daun kari, dan serai. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan terung, air, santan, susu cair dan daun limau. Biarkan ia mendidih sebelum masukkan udang dan petai. Masak sehingga udang bertukar warna. Perasakan dan siap untuk dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Petai, Kari, Resepi, Menu, Udang Galah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa MB Selangor meninggal dunia