suria

Buat apa ke Macau kalau boleh buat sendiri Portugese Egg Tart di rumah!

Portugese Egg Tart cukup popular di Macau.

SIAPA pernah melancong ke Macau, memang tahulah kelazatan Portugese Egg Tart di sana malah ia adalah antara makanan yang wajib dicuba apabila ke sana.

Bagi yang teringin nak makan tart, tak payah risau - boleh buat sendiri dan silap-silap lebih sedap daripada yang dijual di Macau tu.

ARTIKEL BERKAITAN : Banyak lagi raja buah masih belum dimakan? Jom cuba buat karipap pusing durian

Paling penting ikut resepi yang dikongsikan portal Kuali di bawah ni betul-betul sambil renjiskan keikhlasan dan kesungguhan - pasti menjadi!

Bahan-bahannya:

A. Doh tart

1 kilogram tepung kek

15g garam

560ml air

800g mentega

B. Isi tart

500ml susu

500g whipping cream

250g gula

15g tepung kek

20 biji kuning telur



Rasai keenakan Portugese Egg Tart yang dibuat sendiri di rumah.

Cara-cara membuatnya:

* Campurkan tepung, garam dan air dan gaul selama 7-8 minit. Apabila sudah menjadi doh, simpan dalam peti sejuk selama sejam

* Keluarkan doh daripada peti ais dan bentukkan menggunakan mentega; simpan kembali dalam peti sejuk selama tiga jam.

* Tekan pastri dengan ketebalan 0.5-0.6cm, gulungkan menjadi bentuk bulat dan simpan kembali dalam peti sejuk.

* Potong pastri yang telah dibentuk dengan ketebalan 3cm dan masukkan dalam acuan tart.

* Panaskan susu, krim dan sugar, apabila sudah sebati tambahkan tepung, mentega dan masak selama dua minit. Biarkan ia sejuk.

* Sesudah itu, tambahkan kuning telur dan gaul rata sebelum dituang ke dalam acuan tart. Bakar selama 20 minit dengan suhu 260 darjah celcius.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain