suria

Banyak lagi raja buah masih belum dimakan? Jom cuba buat karipap pusing durian

Karipap pusing durian cukup enak!

MEMANDANGKAN sekarang tengah musim durian - jadi segala-galanya perlu berkaitan durian!

Tapi bosan juga asyik makan durian asli. Apa kata cuba resepi istimewa iaitu karipap pusing durian. Rasanya yang manis, berlemak memang tak cukup satu!

ARTIKEL BERKAITAN: Aroma minyak bijan buat mi sua goreng cukup istimewa!

Apa tunggu lagi, jom cuba resepi yang dikongsikan portal Kuali ini.

Bahan-bahannya:

Bahan inti durian

300 gram durian diambil isinya

30 gram gula

3 sudu makan santan

1/2 sudu makan garam

Bahan kulit

(adunan air)

250 gram tepung gandum

1 1/4 tepung beras

50 gram majerin

145 ml air sejuk

1/2 sudu makan garam

(adunan minyak)

125 gram tepung gandum

1 sudu makan tepung beras

60 gram majerin

Cara-cara membuatnya:

Inti durian: Panaskan gula dalam periuk dan kacau sehingga ia cair.

Masukkan durian yang telah dibuang bijinya dan gaul rata. Tambah santan dan garam. Masak menggunakan api sederhana sehingga adunan menjadi pekat. Biarkan ia sejuk.

Kulit: (Adunan air) - Campur tepung dalam mangkuk. Tambah majering, air dan garam. Gaul rata. Uli sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada 10 bahagian.

(Adunan minyak) - Campurkan tepung, majerin dan gaul rata sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada 10 bahagian.

Bungkus adunan air dalam adunan minyak. Ratakan adunan dan bentukkan menjadi gulungan swiss dan ratakan sekali lagi.

Potong setiap bahagian menjadi dua, letakkan bahagian yang dipotong ke bawah dan gulung mejjadi bulatan rata. Masukkan sesudu besar isi durian di tengah sebelum dikelimkan.

Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan dan ranggup. Sedia dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
durian, karipap durian, karipap, menu, resepi

Artikel Lain