suria

Pernah cuba nasi goreng lemon? Dia punya sedap sampai tambah berkali-kali!

Nasi goreng lemon cukup menyelerakan!

NASI goreng adalah hidangan paling mudah disediakan terutamanya sebagai menu sarapan pagi. Tetapi pernahkah anda mendengar mengenai nasi goreng lemon?

Lemon banyak digunakan dalam pelbagai masakan bagi memberi rasa 'kick' pada juadah anda. Nasi goreng lemon sebenarnya cukup popular di Selatan India.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ke cantik kejadiannya tu... Jom belajar buat roti gulung sosej

Penggunaan lemon dapat memberi rasa segar pada nasi yang membuatkan sepinggan memang tak cukup! Jom cuba resepi daripada Cef Sapna Anand seperti dikongsikan di portal Kuali.

Bahan-bahannya:

2 sudu makan minyak sayur

2 cawan nasi putih

3 sudu makan kacang tanah

1 sudu makan biji sawi

2 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

2 batang cili hijau

1 batang daun kari

1/2 sudu serbuk kunyit

Sebiji lemon (diambil jusnya)

1 helai daun limau purut (pilihan)

Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan cili hijau.

2. Goreng kacang tanah selama 5-7 minit dan tambah biji sawi.

3. Tumiskan bawang putih, cili dan daun kari selama seminit.

4. Masukkan bawang merah dan goreng sehingga naik bau.

5. Tambah serbuk kunyit dan garam. Gaul rata selama seminit.

6. Masukkan nasi, jus lemon dan parutan kulit lemon. Gaul rata.

7. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun limau purut. Sedia dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Nasi Goreng Lemon, Kuali, Resepi, Menu

Artikel Lain