suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak ke cantik kejadiannya tu... Jom belajar buat roti gulung sosej

Roti Sosej cukup mudah disediakan tapi cukup lazat.

ROTI gulung sosej memang sedap! Menu memikat hati si kecil dan jangan terkejut, orang dewasa pun cukup gemar juadah ringkas ini.

Nak buatnya juga cukup senang tetapi bagi menambat hati anak-anak, sedikit kreativiti boleh menjadikan menu ini cukup menarik dan lazat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak senang tapi ada rahsia nak buat cekodok pisang yang rangup dan lembut!

Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.

Bahan-bahannya:

Roti putih

Sosej

Mayonis

Sos Cili



Dengan sedikit kreativiti, roti sosej yang biasa boleh bertukar menjadi juadah menyelerakan.

Cara-caranya:

1. Rebus sebentar sosej dan biarkan ia sejuk.

2. Roti dicanai sehingga nipis dan buang bahagian keraknya. Belah dua.

3. Sosej dibelah dua, hiris kiri dan kanan sosej (Hanya jejarikan, jangan sampai putus)

4. Ambil roti, letak sosej dan gulung. Sapukan sedikit telur sebagai gam pada bahagian hujung roti

5. Goreng sehingga kekuningan dan hidangkan bersama mayonis dan sos cili. Mudah bukan?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Roti Sosej, Menu, Resepi

Artikel Lain