Masih dalam 'mood' raya, apa kata cuba 'Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan'... yang viral tu!

Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan menjadi viral di media sosial.

PELBAGAI juadah istimewa dimakan sejak sambutan 1 Syawal, Ahad lalu.

Biarpun sambutan Aidilfitri tahun ini agak berbeza kerana tidak semua ahli keluarga dapat bersama, tetapi makanan tradisi tetap disediakan.

Antaranya lemang, ketupat, nasi himpit, lontong dan pelbagai menu disediakan untuk dimakan bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap buat pencuci mulut di pagi raya... Itulah Abuk-abuk Sagu Pandan!

Biarpun tidak ada kunjungan tetamu 'mood' raya itu tetap membuak-buak dan paling penting setiap hari ada sahaja menu baharu untuk disediakan.

Menjengah di laman sosial, tiba-tiba mata terpandang kek viral yang rata-rata netizen berkongsi resepi 'Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan' dari air tangan Rushdi Lazim.



Antara bahan-bahan utama Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Foto kredit: Rushdi Lazim

Apa kata dihujung minggu ini, anda boleh mencuba sendiri kesedapan kek kluster kayangan ini.

Bahan-bahan:

4 biji pisang yang telah masak dan lebam

120 gram gula perang

115 gram mentega (dicairkan)

120 gram buttermilk (ambil setengah sudu susu segar bersama setengah sudu makan cuka)

Perisa vanila

Bahan-bahan kering

160 gram tepung gandum

25 gram serbuk koko

Setengah sudu baking powder

Setengah sudu garam

80 gram Belgian Callebout Choc

30 gram Walnut

Sedikit coklat Belgian dan walnut untuk 'toping'



Adunan dibakar dalam ketuhar selama 40-45 minit.

Cara-cara membuat Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan

Cairkan mentega serta lenyek pisang sampai lumat. Seterusnya masukkan gula perang dan mentega (yang sudah dicairkan).

Kemudian masukkan bancuhan buttermilk, diikuti bahan-bahan kering termasuk coklat dan walnut. Kacau sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan ke dalam loyang dan taburkan lagi dengan belgian callebaut choc serta walnut.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 celcius lebih kurang 40-45 minit.

Siap!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain