suria

Aroma minyak bijan buat mi sua goreng cukup istimewa!

Mi sua goreng cukup mudah disediakan dan menyelerakan!

BOSAN asyik makan bihun goreng? Apa kata cuba pula resepi mi sua goreng yang pastinya membuatkan anda berselera.

Resepinya cukup mudah tetapi dengan beberapa bahan istimewa termasuk minyak bijan, ia akan memberikan kelainan serta aroma menyelerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ke cantik kejadiannya tu... Jom belajar buat roti gulung sosej

Bahan-bahannya:

2 cawan minyak

160 gram mi sua

3 sudu makan minyak bijan

1 sudu makan bawang putih (dicincang halus)

1 biji bawang (dicincang halus)

2 biji cendawan Cina (direndam dan dipotong)

100 gram udang

70 gram isi ayam

50 gram lobak merah (dipotong panjang)

1 ketul kek ikan (dipotong)

2 biji telur

300 ml stok ayam

Bahan perasa (dicampur)

2 sudu makan kicap

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan lada sulah

1/2 sudu serbuk stok ayam

Cara-caranya:

1. Panaskan dua cawan minyak dan masukkan mi sua dan goreng sehingga ia berwarna keemasan. Kemudian rendam mi tadi dalam air panas selama 30-40 saat atau sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya.

2. Panaskan dua sudu makan minyak bijan dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah kemudian tambahkan cendawan, udang, lobak merah, kek ikan dan goreng sehingga masak.

3. Tambahkan satu sudu bahan perasa dan tumis sehingga naik bau. Ketepikan.

4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak bijan dan gorengkan telur sehingga hancur dan masak. Ketepikan.

5. Didihkan stok ayam sehingga mendidih dan tambahkan baki bahan perasa dan biarkan ia mendidih sekali lagi.

6. Masukkan mi sua serta bahan-bahan yang ditumis tadi. Gaul rata sehingga stok ayam kering. Tambahkan telur hancur dan sedia untuk dihidangkan. - KUALI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Mi Sua Goreng, bihun, resepi, menu, Kuali

Artikel Berkaitan

Artikel Lain