suria

Ini rupanya ramuan nak buat uncang sup bunjut... ‘Homemade’ lebih bersih dan selamat

Sup bunjut boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah.

REMPAH ratus merupakan bahan penting yang perlu ada jika mahu menyediakan sup daging dan tulang.

Tetapi bagi sesetengah orang mungkin tidak selesa untuk menghirup sup kerana takut termakan rempah hingga 'potong' selera.

Oleh itu, penggunaan sup bunjut merupakan satu kaedah ideal dalam penyediaan sup.

Memandangkan permintaannya cukup tinggi pada musim Hari Raya Korban ni, biasanya sup bunjut habis dijual di kedai.

Tapi jangan risau, anda boleh buat sendiri sup bunjut di rumah mengikut cara yang dikongsikan Delihayat Kitchen.

Bunga cengkih dan kayu manis merupakan antara bahan wajib dalam menyediakan sup.

Bahan-bahan

Bahan A (untuk 1 bunjut):

1. Satu keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja.

2. Satu kuntum bunga lawang – ceraikan

3. Tiga kuntum bunga cengkih

Bahan B (dipecah-pecahkan):

1. Satu sudu makan ketumbar

2. Setengah sudu teh jintan putih

3. Setengah sudu teh lada putih

4. Setengah sudu teh jintan manis

5. Tiga biji buah pelaga – pecahkan

6. Secubit biji sawi

7. Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan

Sup bunjut merupakan bahan dimasukkan ke dalam sup.

Cara-caranya:

1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).

2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka) atau jenis kain jarang yang tidak berwarna.

3. Bentukkan uncang dan lilit menggunakan benang. Sedia untuk digunakan dalam masakan.

Selain ia senang dilakukan, ada boleh menjimatkan perbelanjaan untuk membeli sup bunjut di pasaran.

Malah, anda boleh membuat sup bunjut dalam kuantiti banyak untuk dijadikan stok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain