Mudah, sihat dan mengenyangkan! Jom cuba buat snek granola bar sendiri di rumah - Resipi | mStar

Mudah, sihat dan mengenyangkan! Jom cuba buat snek granola bar sendiri di rumah

Penyediaan snek granola bar bukan saja mudah, malah ia menyihatkan dan mengenyangkan.

SEMEMANGNYA terdapat pelbagai pilihan snek dan makanan ringan di pasaran.

Bagaimanapun, tidak semuanya menyihatkan kerana kebanyakannya mengandungi gula, bahan pengawet dan pewarna yang tidak bagus untuk tubuh badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu sinonim bulan Muharam, jom cuba resepi ringkas bubur Asyura 

Daripada membazir duit, apa kata anda cuba sendiri resepi snek granola bar di rumah seperti yang dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah ini.

Granola adalah jenis makanan yang umumnya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan kekacang, justeru ia amat sesuai bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan.

Granola sesuai bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Bukan saja untuk sarapan, snek granola bar boleh dimakan bila-bila masa.

Bahan-bahannya juga mudah. Malah anda juga boleh mengolahnya mengikut cita rasa sendiri.

Bahan-bahan:

1) Rolled oat

2) Aneka kekacang (badam, walnut, biji gajus)

3) Mentega

4) Gula Perang (ikut tahap kemanisan sendiri)

5) Madu

6) Secubit garam

7) Buah-buahan kering dipotong kecil (kismis, aprikot)

Cara-cara membuatnya:

Panaskan sebentar aneka kekacang di dalam ketuhar.

Kemudian cairkan mentega di dalam kuali. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali, gaul sebati di atas api yang perlahan.

Masukkan adunan yang digaul itu ke dalam bekas bersesuaian mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Tekan dengan sudu agar adunan menjadi padat.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

Keluarkan dan potong saiz empat segi kecil. Nah, sekarang granola bar sedia untuk dinikmati. 

granola , granola bar

Artikel Berikut

Sotong goreng tepung pembuka selera paling enak!

Artikel Lain