Air pandan harum buat penghilang dahaga ketika cuaca panas

Air pandan lebih enak jika dicampur dengan ketulan ais dan serai yang menaikkan lagi rasanya. Foto KUALI

DAUN pandan biasanya digunakan sebagai pewangi dan menaikkan rasa sesuatu makanan seperti bubur, nasi lemak dan sebagainya.

Tapi sebenarnya daun pandan juga boleh dijadikan sebagai minuman berkhasiat malah cukup enak jika diminum ketika cuaca panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan makan roti canai? Jom cuba lempeng kelapa pula

Seperti dikongsi Audrey Lim menerusi buku masakannya Malaysian Tapas, resepi Air Pandan cukup mudah dan hanya memerlukan empat bahan untuk disediakan.

Bahan-bahannya:

8 helai daun pandan

1 liter air

Sirap gula

Ketul ais

Cara-cara membuatnya:

Basuh enam helai daun pandan dan simpulkan sebelum direbus dalam air selama 10 minit dan biarkan larutan itu sejuk.

Racik dua helai daun pandan dan masukkan ke dalam gelas.

Masukkan satu sudu sirap gula dan tuang air panda yang direbus tadi. Letak juga ketul ais.

Bagi menambah rasa, masukkan sebatang serai sebagai hiasan dan sedia dihidangkan. - KUALI 

Daun pandan, Resepi, Serai, Kuali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain