suria

Ini sebenarnya cara buat roti telur yang sedap!

Roti Telur enak dimakan bersama kaya atau madu. Foto KUALI

SIAPA yang tidak tahu masak roti telur? Tapi sebenarnya ramai tidak tahu rahsia di sebalik menyediakan roti telur yang gebu dan enak.

Sebenarnya terdapat beberapa bahan selain daripada telur dan garam bagi menaikkan lagi rasa menu itu.

Bahan-bahannya;

8 keping roti

3 biji telur saiz A

40g gula kaster

1/4 sudu makan garam

250g susu

1 sudu makan esen vanila

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Pukul telur, gula dan garam dalam mangkuk sehingga sebati. Panaskan susu dan tuang separuh daripada ke dalam adunan telur sambil mengacau sebelum masuk bakinya serta tambahkan esen vanila.

Kemudiannya rendamkan roti dalam adunan telur itu tadi sehingga telur menutupi semua bahagian roti.

Panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali dengan kepanasan sederhana. Masukkan roti yang telah direndam dalam telur itu ke dalam kuali dan masak sehingga keperangan dua-dua belah bahagian.

Setelah diangkat, taburkan serbuk gula (jika suka) dan sedia dihidangkan. - KUALI

Roti Telur, Resepi, Selera

Artikel Lain