suria

Perap ikan dengan asam jawa, petua masak Tempoyak Ikan Patin

Ikan Patin Tempoyak memang enak dimakan bersama nasi panas.

DURIAN bukan sahaja enak dimakan segar tetapi juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan seperti sambal tempoyak, serawa durian dan paling popular gulai tempoyak ikan patin.

Ia bukan sahaja enak tetapi hendak membuatnya juga cukup mudah seperti dikongsikan Kuali.


Ini bahan-bahan untuk menyediakan Ikan Patin Tempoyak:

1 kilogram ikan patin, potong dengan ketebalan 3cm

2 sudu makan asam jawa yang dicampur dengan satu cawan air

1 liter air

2 batang serai

3 helai daun kunyit diracik halus

1/2 cawan tempoyak

1 Timun tua dipotong dadu

3 tangkai daun kesum

1 batang bunga kantan

Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar;

7 biji cili padi

5 biji cili merah

10 gram kunyit hidup

1 inci halia tua

1/2 mangkuk air

Cara-cara membuatnya:

Panaskan air dalam periuk dan selepas mendidih masukkan tempoyak serta bahan kisar, serai yang ditumbuk dan daun kunyit.

Biarkan ia mendidih selama 15 minit.

Sementara itu, basuh ikan patin dan lumurkan dengan asam jawa dan biarkan perapan itu selama lima minit.

Cuci ikan dan masukkan ke dalam periuk sebelum tambahkan timun tua dan daun kesum.

Tutup periuk dengan penutup dan biarkan ia mendidih dalam api sederhana selama 10 minit dan kemudian masukkan bunga kantan.

Perasakan dengan garam dan gula sebelum dihidang.

Ikan Patin, Tempoyak, Resepi, Kuali

Artikel Lain