suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murtabak daging guna mi segera? Ini caranya...

Murtabak mi segera bersama daging cincang sesuai dimakan ketika minum petang.

PELBAGAI cara sebenarnya boleh dilakukan menggunakan mi segera dan bukan sahaja dimasak sebagai sup atau pun goreng.

Jika sudah jemu makan mi segera dengan cara biasa apa kata cuba buat murtabak? Bukan sahaja sedap tetapi cukup senang dan ringkas untuk disediakan.

Ini bahan-bahannya:

1 paket mi segera perisa kari

1/2 biji bawang merah

Seulas bawang putih (hiris halus)

Seinci Halia (hiris halus)

1 biji cili merah

2 biji telur

100 gram daging kisar

Cara-cara membuatnya:

Tumis daging kisar bersama bawang putih dan halia dan goreng sehingga separa masak.

Rebuskan mi (seeloknya tidak terlalu lama bagi mengelakkan mi kembang, bagi mengekalkan tekstur mi yang kenyal) sebelum ditapis airnya.

Pukul telur dalam mangkuk dan campurkan bersama bawang merah, cili, serta serbuk perasa mi segera (kurangkan kuantiti jika tidak mahu terlalu masin) dan gaul rata.

Kemudian, masukkan mi yang telah direbus dan daging kisar yang siap ditumis dalam bancuhan telur tadi, sebelum digoreng menggunakan minyak secukupnya. Siap dan hidangkan.

Resepi, Murtabak, Mi Segera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain