suria

Tak sampai 30 minit masak Tikka Masala Sayuran

Tikka Masala Sayuran bukan sahaja enak dimakan bersama nasi panas tetapi bersama roti atau pun capati.

KALAU bertandang ke kenduri perkahwinan kuah dalca selalunya antara menu yang dihidangkan oleh tuan rumah untuk dinikmati bersama nasi briyani dan ayam masak merah.

Biasanya kuah dalca itu dimasak menggunakan pelbagai jenis sayuran bersama ayam atau pun daging bagi menaikkan lagi rasa hidangan.

Tapi tunggu dulu, Resepi  minggu ini nak perkenalkan anda kepada Tikka Masala Sayuran yang mirip seperti kuah dalca tetapi sedikit berbeza kerana hanya menggunakan sayur-sayuran.

Sosnya yang menggunakan serbuk kari daging serta dicampur bersama yogurt, daun basil dan lemon membuatkan anda bertambah dua kali.

Penyediaannya juga cukup mudah, malah bahan-bahan membuat Tikka Masala Sayuran juga senang didapati,  tak sampai 30 minit boleh siap!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Tikka Masala Sayuran.

Bahan-bahannya adalah:

3 ulas bawang putih

2 biji bawang kecil

1 inci halia

1 paket serbuk kari daging

2-3 sudu serbuk cili

200 ml santan

400 gram kacang kuda

230 gram kacang pea

200 gram kobis bunga

100 gram kacang panjang

Sebiji terung dihiris tebal

2 biji lobak merah dipotong dadu

2 biji kentang dipotong dadu

Segengam daun basil

Sebiji lemon

4-5 sudu yogurt

Garam dan gula secukup rasa

Satu cawan air

Cara-cara membuatnya seperti berikut:

Tumis bawang putih, bawang kecil serta halia yang telah ditumbuk/dikisar sehingga naik bau sebelum masukkan bancuhan serbuk kari daging, serbuk cili dan sedikit bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan santan dan secawan air dan biar mendidih seketika sebelum tambahkan 4-5 sudu makan yogurt.

Selepas itu masukkan pula sayur-sayuran seperti terung, lobak merah dan kentang dan biar ia empuk sebelum masukkan kobis bunga, kacang panjang serta kacang kuda dan kacang pea.

Akhir sekali masukkan daun basil, biarkan ia masak dalam 10 ke 15 minit dan perasakan dengan garam dan gula serta perah lemon.

Tikka Masala Sayuran, Resepi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain