suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pajeri Nanas... makin mengancam jika disulam nasi panas, ikan masin

PAJERI nanas merupakan hidangan popular masyarakat Melayu yang asal-usulnya dari India.

Walaupun penyediaannya agak rumit, tetapi masa yang digunakan untuk memasak Pajeri Nanas ini rasa berbaloi dengan kelazatannya nanti. 

Apa kata anda cuba resipi daripada portal Kuali ini.

Bahan-bahan:

1 biji nanas yang separuh masak
1 liter air
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka

(Untuk dikisar)

7 ulas cili merah
5 bawang kecil
3 ulas bawang putih

(Untuk ditumis)

5 sudu minyak masak
1 inci halia
1 batang kayu manis
4 bunga cengkih
2 bunga lawang
3 biji pelaga
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu cuka
3 sudu gula
1 sudu garam

Cara-cara:

Buang kulit nanas dan potong dalam bentuk bulat.

Rebus hirisan nanas dalam air, serbuk kunyit dan cuka selama 10 minit, kemudian toskan.

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang dikisar selama 5 minit sehingga layu.

Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan pelaga ke dalam periuk sehingga naik bau.

Kemudian tambah stok nanas dan biarkan mendidih sebelum masukkan hirisan nanas.

Masukkan cuka, serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidang.

Pajeri Nanas

Artikel Lain