suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aiskrim buah-buahan enak dimakan dalam cuaca panas!

Aiskrim yang menggunakan buah-buahan segar cukup enak dimakan ketika cuaca panas.

DENGAN cuaca panas di Malaysia apa kata 'sejukkan' diri anda dengan aiskrim laici dan pic yang dibuat sendiri?

Ini bahan-bahannya:

150 ml sirap laici

80 ml sirap pic

1 sudu makan jus lemon

4 biji strawberi dipotong

1 biji kiwi dipotong

2 biji pic dalam tin dipotong

3 biji laici tin dipotong

Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Campurkan sirap laici, pic dan jus lemon serta garam dalam jug. Kacau sehingga semua bahan sebati.

Susun buah-buahan yang telah dipotong dalam bekas aiskrim dan tuangkan sirap ke dalamnya.

Simpan aiskrim tersebut dalam ruang sejuk beku peti ais anda sehingga beku. - KUALI

Respi, Laici, Strawberi, Pic

Artikel Lain