suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka citarasa Thailand? Jom cuba resepi salad sotong, pasti kecur air liur!

Bahan-bahan dan resepi untuk penyediaan salad sotong begitu ringkas dan mudah.

RESTORAN masakan ala Thailand sememangnya bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini kerana kebanyakan masyarakat kita begitu menggemari masakan dari negara gajah putih itu bukan saja kerana keenakannya, tetapi rencah yang digunakan sangat ‘kena’ dengan citarasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah, sihat dan mengenyangkan! Jom cuba buat snek granola bar sendiri di rumah

Jika anda perasan, kebanyakan menu dari Thailand menggunakan sos ikan sekaligus menjadikan sesuatu hidangan itu ‘terangkat’.

Sering kali menikmati masakan di restoran, apa kata kali ini anda cuba resepi yang mStar kongsikan kali ini iaitu salad sotong ala Thai.

Antara bahan untuk penyediaan salad sotong.

Bahan-bahan:

Sotong kembang

1 biji bawang besar (dihiris)

50 gram mangga muda (dihiris)

Sedikit daun ketumbar (dihiris)

3 tangkai cili kering (digoreng)

Perasa

2 sudu jus limau nipis

1 tangkai cili merah (dihiris)

1 batang serai (dihiris)

1 sudu minyak bijan

1 ½ sudu sos ikan

Sedikit gula

Cara- cara membuatnya:

1) Celur sotong dan kemudian potong kecil.

2) Campurkan bahan-bahan perasa (sos ikan, minyak bijan, jus limau, perasa, gula) ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.

3) Masukkan sotong, bawang besar, mangga muda, daun ketumbar, serai, cili merah dan gaul hingga sebati. Taburkan cili kering yang diramas. Sedia dihidang. - KUALI

salad sotong, Thailand, ala Thai

Artikel Lain