suria

Jom check out koleksi pakaian bukan sahaja patuh syariah tapi cukup bergaya!

Koleksi jubah dan tudung labuh Munawwareen yang bukan sahaja cantik tetapi patuh syariah. Foto Instagram @munawwareen

INDUSTRI fesyen Muslimah sedang berkembang pesat sehingga banyak jenama terkenal antarabangsa memperkenalkan koleksi modest bagi memenuhi permintaan penggemar fesyen sopan.

Di Malaysia sendiri tidak ketinggalan, apabila pelbagai pilihan fesyen Muslimah ditawarkan namun paling penting masih berpegang kepada patuh syariah.

Munawwareen, jenama fesyen Muslimah terbaharu juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan industri fesyen kerana percaya wanita masih boleh kelihatan menawan meskipun tidak memperlihatkan sebarang aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik angkat martabat seni anyaman gigih hasilkan supik mengkuang khas buat delegasi global

Pun begitu kata pemiliknya, Aliza Abu Bakar, menerusi koleksi terbaharu mereka, ia memberi tumpuan kepada penggunaan fabrik berkualiti bagi menjamin keselesaan selain mementingkan perincian mewah agar si pemakai kelihatan bergaya.

Koleksi telekung yang menggunakan fabrik Soft Italian Cotton.

Itu termasuk variasi rona pastel dan tidak hanya tertumpu kepada warna hitam dan putih bagi kebanyakan abaya dijual di pasaran.

"Kepelbagaian pemilihan warna ini dibuat agar dapat menarik minat golongan muda sesuai dengan usia mereka dan tidaklah hanya tertumpu kepada warna hitam dan putih sahaja.

"Paling penting aurat mereka terjaga sekaligus mencerminkan keperibadian mereka," katanya.

Bergaya tetapi masih sopan.

Sementara itu, Aliza memberitahu Munawwareen turut memperkenalkan koleksi lain termasuk baju serta tudung sebagai melengkapkan gaya mereka.

Menariknya kata Aliza, tudung yang dijual jenama itu bukan 'biasa-biasa' sebaliknya menampilkan perincian seperti poket berzip di bahagian tengah tudung.

"Ruang itu bolehlah digunakan untuk menyimpan barang kecil seperti telefon, barang perhiasan, tasbih dan buku doa ketika ke masjid.

Meskipun menutup aurat tapi masih boleh bergaya. 

"Kalau sebelum ini kita letak beg duit serta telefon di hadapan atau sisi, kini boleh simpan dalam ruang kecil itu. Tak perlu lagi bimbang risiko kecurian ketika sedang bersolat. Ibadat pun lebih khusyuk," ujarnya.

Selain abaya, Munawwareen juga menghadirkan telekung eksklusif yang dihiasi dengan batu Swarovski menggunakan fabrik Soft Italian Cotton.

Tak cukup dengan itu, koleksi terbaharu jenama itu turut menampilkan kit perjalanan yang mudah dibawa khususnya ketika mengerjakan umrah atau pun haji.

Set berkenaan yang merangkumi telekung dan kainnya pula dijahit seperti palazzo agar memudahkan pergerakan terutama ketika tawaf dan saie.

Artikel Lain