Malu berperut buncit? 3 tip mudah ini mampu buat anda kembali tersenyum

kaum lelaki juga tidak terlepas daripada masalah perut buncit.

MASALAH perut buncit bukan sahaja dialami golongan wanita, sebaliknya hal ini juga menjadi perhatian kaum lelaki yang mementingkan penampilan.

Apa tidaknya... perut buncit ini boleh membuatkan anda terpaksa mengeluarkan belanja tambahan gara-gara seluar dan baju lama sudah tidak muat.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan perut anda kelihatan buncit. Antaranya masalah pencernaan yang tidak normal serta corak pemakanan yang tidak seimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Jangan terpedaya paparan emosi di wajah

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan rasa rendah diri... Wanita gempal juga boleh melaram!

Jadi jangan risau, sebelum terlambat atau menjadi lebih serius, apa kata cuba beberapa tip ini supaya perut anda kembali kempis atau sekurang-kurangnya anda tidak perlu menambah 'saiz' baju atau seluar.

Hanya amalkan tiga langkah ini, pasti anda tidak lagi stres melihat 'perut lebih tinggi daripada dada'.

Lemon

Jadi air lemon sebagai minuman setiap kali selepas makan.

Lemon mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan salah satunya ia boleh dijadikan sebagai detox harian anda.

Lemon boleh membantu membuang toksin dalam badan. 

Paling penting anda perlu konsisten dan menjadikan lemon ini sebagai kawan 'baik' anda. Bukan hanya sekali minum sudah mengharapkan perut terus kempis ya!

Makan

Pilih makanan yang seimbang dan sihat.

Elakkan makan sambil diselang dengan minum air.

Seeloknya minum selepas anda selesai hidangan itu dan jaga waktu pemakanan anda.

Paling penting amalkan makanan yang sihat dan seimbang.

Elakkan makanan berlemak, berminyak serta makanan segera. Jangan makan lewat malam!

Senaman

Pastikan anda sentiasa melakukan senaman walaupun hanya untujk setengah jam sehari.

Paling penting, lakukan senaman ringkas terutama melibatkan bahagian perut seperti 'sit up', tekan tubi atau 'plank'.

Amalkan tiga atau empat kali seminggu selama 30 saat bagi sesi permulaan senaman.

Percayalah, hanya dengan senaman sahaja boleh membantu anda lebih sihat dan cantik!

Elakkan juga mengambil ubat-ubatan atau jamu yang boleh memudaratkan anda!.


Perut Buncit, Lemon, Senaman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain