Jangan rasa rendah diri... Wanita gempal juga boleh melaram!

Bagi wanita yang mempunyai saiz badan yang gempal, jangan malu untuk berfesyen.

WANITA dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.

Ada segelintir kaum wanita yang 'rendah diri' kerana merasakan diri mereka tidak ramping hinggakan stres setiap kali memilih pakaian.

Namun ada pula yang berfikiran positif dan tidak takut berfesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak tangan anda kasar? Apa kata cuba kelapa parut, hampas kopi untuk atasi masalah itu

Memiliki bentuk tubuh yang kurus atau gemuk adalah satu perkara subjektif, asalkan kesihatan anda dalam keadaan baik ia bukanlah isu besar.

Bersaiz gempal bukan bermakna kita  tidak boleh berfesyen dan tip-tip di bawah ini boleh membantu mengembalikan keyakinan diri anda.

Gabungan warna memainkan peranan penting bagi wanita bersaiz gempal.  - Gambar hiasan.

Bentuk badan gempal

*Sekiranya anda memiliki badan gempal, pilihan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap membantu anda kelihatan langsing.

*Elakkan juga memakai baju yang mempunyai corak besar serta warna terang kerana ia boleh menampakkan anda lebih besar.

*Anda boleh memakai baju berwarna cerah seperti pastel kerana ia kelihatan lembut. Asalkan ianya labuh dan dapat menutupi pinggul dan paha... apa salahnya!

Bentuk badan buah 'pear'

*Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bahagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

*Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh.

*Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas.

Pilihan warna dan corak yang sesuai mampu memberi keyakinan kepada si pemakai. Gambar hiasan.

*Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

*Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis 'basic cut' dan seluar 'slim/boot cut' sangat sesuai. Hindari pakaian atas yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.

*Hindari memakai pakaian yang ketat.

Bentuk tubuh epal

*Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

*Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai.

*Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

Elak memilih warna yang terang. Gambar hiasan.

*Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

*Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.

*Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.

*Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk. -  Apricus Fashion

Gempal, Baju, Pilih, Gemuk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain