suria

Tenangkan jiwa dihujung minggu dengan 'mood' sendiri!

Setiap orang mengisi masa hujung minggunya dengan pelbagai cara.

SETIAP orang mempunyai cara berbeza untuk memenuhi jadual hujung minggu mereka, mengikut mood masing-masing. 

Sesetengah orang suka mengisi masa luang mereka dengan hanya tidur sahaja, dengan kata lain malas melakukan apa-apa.

Berhujung minggu di rumah, memang seronok... tetapi lebih baik sekiranya masa terluang itu dilakukan dengan aktiviti berfaedah yang menggembirakan hati anda. Yang penting anda tidak bosan!

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Jangan terpedaya paparan emosi di wajah

Gunaka masa rehat anda dengan bijak dan berfaedah daripada melayan perasaan malas itu.

Apa kata tarik nafas dalam-dalam... mulakan hujung minggu anda dengan empat aktiviti relaks ini yang boleh membuatkan mood anda berubah lebih bersemangat.

Kemas rumah

*Untuk mendapakan aura lebih positif dan tidak mahu bosan dengan persekitaran rumah, apa kata anda mula dengan mengemas barang-barang lama yang sudah lagi tidak digunakan.

*Selain itu, sekurang-kurangnya tiga bulan sesekali ubah kedudukan perabot atau rak televisyen dalam posisi yang lain. Sekurang-kurangnya anda tidak bosan apabila berehat di ruang tamu dalam kedudukan yang sama.

Masa lapang boleh diisi dengan menonton filem-filem kegemaran.

Layan dokumentari online / filem

*And boleh mencari kisah-kisah dokumentari secara percuma di laman web atau Youtube sambil menambah pengetahuan.

Sekiranya tidak berminat, habiskan masa anda dengan menonton filem-filem kegemaran yang sebelum ini anda tidak mempunyai masa untuk menontonnya.

Ajak kawan lepak

*Jika malas untuk keluar dan ingin jimat berbelanja, apa kata ajak kawan-kawan anda (jika bujang) datang ke rumah, masak dan makan bersama. Selepas itu boleh menghabiskan masa dengan bermain board games. Meriahkan? Yang penting duit anda lebih jimat berbanding jika anda keluar lepak di kafe atau lain-lain.

Inilah juga masa untuk anda merapatkan kembali hubungan dengan rakan-rakan dan berkongsi perkembangan antara satu sama lain.

Menggunakan masa rehat hujung minggu dengan berjalan atau bersenam di taman.

Bersenam

*Hujung minggu adalah waktu paling sesuai untuk melakukan aktiviti riadah. Tidak perlu melakukan senaman berat, cukuplah sekadar berjalan-jalan di taman rekreasi sambil menenangkan fikiran anda.

*Aktiviti mengeluarkan peluh ini bukan sahaja menyihatkan, malah lebih penting wajah anda juga akan kelihatan lebih segar berbanding jika terperap di  rumah.

Lepak, Hujung, Minggu, Hobi

Artikel Lain