Ibu bapa yang suka shopping baju anak cuba ikut tip ini, baru tak menyesal! - Mode | mStar

Ibu bapa yang suka shopping baju anak cuba ikut tip ini, baru tak menyesal!

Tindakan membeli baju anak tanpa meneliti beberapa kriteria penting hanya akan merugikan.

IBU bapa pasti 'geram' dan teruja apabila melihat baju bayi atau kanak-kanak yang comel dan menarik yang ditawarkan di pasaran dalam dan luar negara.

Pasti laju saja 'sambar'  jika berkenan melihat rekaan dan corak baju tersebut.

Awas, tindakan membeli baju tanpa meneliti beberapa kriteria penting hanya akan merugikan anda, atau akhirnya ia mungkin didermakan kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukan anda, pakaian berwarna gelap lebih sesuai waktu cuaca panas dan ini alasannya 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa jangan ambil remeh, ketahui 'do and don't' saat anak hadapi peperiksaan 

Untuk elakkan anda melakukan tindakan yang merugikan dan tidak berbaloi, apatah lagi harga baju kanak-kanak agak mahal, ikuti tip yang dikongsi oleh Veronna Damani, pengasas label pakaian bayi dan kanak-kanak, Veronna. 

Berikut disenaraikan beberapa kriteria wajib yang perlu dipertimbangkan ibu bapa sebelum membeli baju anak-anak. 

1) Fabrik

Ini kriteria utama yang ibu bapa tidak boleh berkompromi. Ini kerana fabrik akan menyentuh kulit si kecil anda secara langsung. Pilih baju daripada fabrik kapas khususnya untuk bayi, campuran berasaskan kapas dan linen lembut. Jangan beli fakbrik yang mudah mengecut selepas beberapa kali cucian.

2) Saiz

Tumbesaran bayi mahupun kanak-kanak berlaku agak pantas. Justeru, ibu bapa digalakkan membeli pakaian yang sedikit besar dari saiz sebenar, khususnya pakaian peralihan musim. Dengan itu, pakaian akan bertahan untuk jangka masa lama. 

Sentiasalah rujuk carta saiz sebelum membeli, terutamanya ketika membeli secara online.

Ibu bapa perlu bijak sebelum berbelanja membeli pakaian anak-anak.

3) Keselesaan

Si kecil anda pastinya sedang dalam fasa lasak, gemar bermain dan melakukan pelbagai aktiviti. Justeru, mereka perlu sentiasa berada di dalam keadaan selesa. 

Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan memilih pakaian yang praktikal, contohnya baju yang mudah dilaras saiz dan mempunyai butang untuk memudahkan proses menukar lampin.

4) Pakaian harian

Beli yang murah. Tidak perlu berbelanja lebih kerana pakaian ini pasti cepat lusuh kerana digunakan sebagai 'baju basahan'.

Elakkan membeli baju dalam kuantiti banyak pada satu masa kerana tumbesaran kanak-kanak berlaku pantas.

5) Rekaan yang tidak lapuk (timeless)

Usah keterlaluan untuk mengikut trend. Ini kerana gaya dan trend berkembang dan berubah pantas. Pilihlah rekaan yang timeless atau tidak lapuk agar boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya baju yang lebih kasual. 

6) Kos

Sentiasa memilih pakaian yang mudah dijaga, contohnya yang mudah dicuci menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan. Memilih pakaian yang memerlukan penjagaan khusus seperti cucian kering hanya meningkatkan kos perbelanjaan. - Indianexpress


pakaian , kanak-kanak , tip

Artikel Berkaitan

Artikel Lain