Tahukan anda, pakaian berwarna gelap lebih sesuai waktu cuaca panas dan ini alasannya - Mode | mStar

Tahukan anda, pakaian berwarna gelap lebih sesuai waktu cuaca panas dan ini alasannya

Pakaian berwarna hitam sebenarnya lebih selesa dipakai ketika cuaca panas. Foto Sekadar Hiasan

PEMILIHAN warna baju yang tepat bukan sahaja dapat mengekalkan suhu tubuh anda pada kadar normal ketika berdepan cuaca panas, malah boleh mengelakkan seseorang itu berpeluh dan seterusnya menyebabkan bau badan.

Dalam cuaca panas ramai memilih memakai baju menggunakan fabrik nipis selain warna lembut bagi mendapatkan keselesaan, namun sebenarnya ia bukan penyelesaian terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekaan bra pek ais umpama goreng pisang panas!

Sebaliknya baju berwarna gelap seperti hitam atau biru tua dapat memberikan keselesaan kerana ia mampu menyerap haba daripada badan anda.

Ia sekaligus mengelakkan anda berasa panas dalam cuaca panas terik, selain anda disarankan untuk menggunakan pakaian longgar bagi memberi ruang kepada kulit untuk 'bernafas'.

Jadi jangan berasa takut untuk memakai pakaian berwarna gelap kerana semakin gelap warna pakaian anda, semakin banyak perlindungan ia berikan kepada anda.

Berbanding dengan pakaian berwarna lembut dan nipis - ia sebenarnya memantulkan haba ke kulit anda.

Mekanisme itu mengikut prinsip bahawa benda berwarna lebih terang menyerap sinaran elektromagnet daripada matahari.

Pakaian berwarna gelap pula sebenarnya melindungi tubuh anda daripada sinaran ultraviolet. - TEMPO

Pakaian , Hitam , Panas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain