suria

Rekaan bra pek ais umpama goreng pisang panas!

Cooler Bra lengkap dengan pek ais direka bagi memberi keselesaan kepada wanita pada musim panas.

INOVASI dalam dunia fesyen sentiasa bergerak dan tidak hairan apabila sebuah syarikat mereka cipta baju dalam yang dilengkapi dengan alat penyejuk dalam mencipta keselesaan kepada wanita.

Baju dalam yang dikenali sebagai Cooler Bra itu didatangkan dengan pek ais yang diletakkan dalam bra bagi memberi kesan sejuk dan nyaman kepada si pemakai.

ARTIKEL BERKAITAN : Percaya atau tidak, pad arang ini kalis bau kentut!

Cooler Bra ini direka oleh Polar Products berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bersesuaian dengan musim panas ketika ini yang boleh mencecah 40 darjah celcius.

Penggunaannya juga mudah dengan meletakkan pek ais itu ke dalam peti sejuk sebelum digunakan bagi memberi kesan lebih baik apabila dipakai.

Malah bra itu juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama 20 minit bagi memberi kesan lebih efektif dalam cuaca panas.

Nampaknya Cooler Bra ini adalah idea paling bernas apabila ia sudah pun habis terjual di pasaran AS sejak ia dilancarkan baru-baru ini.

Tidak hairan jika produk ini masuk ke pasaran Asia yang memang mempunyai cuaca panas sepanjang tahun. - DETIK

Baju Dalam, Bra, Cooler Bra, Pek Ais

Artikel Lain