Kutu 'berumah' di bulu mata, wanita suka bersolek sila ambil perhatian!

Wanita yang suka bersolek dan malas mencuci wajah berisiko dihinggap kutu. -foto Vison World

TAK dapat dinafikan ramai wanita suka bersolek namun tak kurang juga yang malas untuk mencuci mekap.

Lebih-lebih lagi jika keluar seharian dan amat letih selepas pulang ke rumah. Tidur dengan mekaplah jawabnya!

Membersihkan wajah sebelum tidur sebenarnya wajib dilakukan. Jika dibiarkan, kotoran dan sel-sel kulit mati akan menyumbat pori-pori wajah sehingga terjadinya radang dan jerawat.

Malas mencuci mekap sudah pastilah menimbulkan kesan lebih buruk. Asia One melaporkan, seorang wanita berusia 32 tahun dari wilayah Hubei, China, berdepan masalah mata kering dan gatal selain bulu matanya gugur dalam tempoh enam bulan.

Setelah berjumpa doktor, wanita itu diberitahu ada tungau ‘menetap’ pada pada bulu matanya.

Menurut laman Healthline, tungau atau kutu sangat kecil itu disebut tungau Demodex. Haiwan ini hidup dengan makan sel-sel kulit mati pada folikel bulu. Tungau Demodex ada pada setiap orang, namun jumlahnya sangat sedikit.

Kutu tersebut boleh menjadi masalah apabila jumlahnya besar sehingga boleh menimbulkan masalah kulit serius.

Doktor kemudian memeriksa bulu mata wanita tersebut menggunakan mikroskop dan menemui banyak kutu merangkak pada bahagian akar bulu matanya, atau lebih tepat lagi pada kelenjar minyak.

Doktor kemudian bertanyakan tentang penjagaan wajah dan alat solek yang digunakan. Dia memberikan alasan kesibukan kerja dan jadual padat menyebabkan dia tiada masa untuk mencuci muka.

“Patutlah enam bulan terakhir ini mata saya selalu kering dan gatal, bulu mata saya juga mudah gugur," kata wanita tersebut.

Doktor kemudian menyarankan wanita itu untuk membersihkan hiasan pada wajah secara menyeluruh untuk mengurangkan tungau di bulu matanya yang semakin banyak. Jika keadaannya semakin parah dan tidak ditangani, waktu pemulihan juga akan semakin panjang.

Untuk beberapa kes, keadaan ini menyebabkan luka pada permukaan mata. Lebih teruk lagi, sisa mekap yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menyebabkan penyakit mata seperti radang kelopak mata dan jangkitan pada membran mata.

Seram kan? Bagi anda yang sering bersolek, jangan lupa untuk membersihkan wajah secara menyeluruh sebelum tidur.

tungau, kutu. mekap, solek, Demodex

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain