Nak cepat hingga terlupa? Ketahui 7 item ‘penyelamat’ wanita yang perlu ada dalam beg kecemasan - Mode | mStar

Nak cepat hingga terlupa? Ketahui 7 item ‘penyelamat’ wanita yang perlu ada dalam beg kecemasan

Dengan meletakkan barang-barang penting di dalam sebuah beg, anda tidak perlu lagi risau sekiranya berlaku kecemasan.

MENJADI lumrah, manusia sememangnya mempunyai sifat pelupa, apatah lagi jika terlalu banyak perkara 'bersarang' dalam fikiran.

Sifat pelupa juga boleh berlaku jika seseorang dalam keadaan kelam kabut atau mengejar masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini 

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan 

Kadang-kadang dalam keadaan tersebut, kita tak sempat untuk membawa barang yang sangat-sangat diperlukan terutama ketika saat kecemasan.

Justeru bagi golongan wanita, apa kata mulai saat ini, anda sediakan satu beg kecil untuk mengisi barang-barang penting sebagai penyelesaian kepada masalah pelupa anda.

Selain dapat menjimatkan wang kerana anda tidak perlu membeli baru, ia juga sebenarnya sangat membantu sekiranya anda terlewat bangun untuk ke tempat kerja.

Ayuh, mari lihat item yang patut anda letakkan di dalam beg ini.

1) Deodoran

Sangat penting untuk individu yang mempunyai masalah ketiak yang senang berpeluh. Kalau anda terlupa atau kesuntukan masa, nah tentunya satu masalah sudah selesai. Melainkan jika anda selesa berada di pejabat sepanjang hari tanpa memakai deodoran!

Deodoran merupakan item wajib yang patut ada dalam beg kecemasan.

2) Pin

Ini merupakan barangan penyelamat wanita jika berlaku insiden tidak diduga, contohnya pakaian terkoyak. Anda boleh menggunakan pin ini sementara sebelum pakaian dijahit.

3) Pewangi mini

Kadang-kadang ada masanya pakaian anda dicemari bauan yang kurang menyenangkan disebabkan asap kenderaan atau asap dari masakan di restoran. Jadi, adanya item ini, tentu anda tak perlu risau lagi.

Cukup letakkan pewangi kecil di dalam beg untuk tujuan kecemasan.

4) Tisu basah

Bukan saja untuk menanggalkan mekap, ia juga sangat berguna jika pakaian anda terkena kotoran. Malahan, bagi yang bergelar ibu tentu sekali ia amat praktikal dibawa ke mana sahaja sama ada ketika makan bersama keluarga atau ke tandas.

5) Tuala wanita

Ada masanya anda mungkin tersilap mengira kitaran haid sendiri. Atau ada masanya anda menghadapi hari-hari yang kurang selesa. Pastikan sentiasa ada extra pantyliner dan tuala wanita.

Setiap wanita wajib menyimpan tuala wanita di dalam beg.

6) Sikat dan pin rambut

Jangan biarkan rambut anda tidak terurus. Ini memberi gambaran tentang keperibadian anda yang kurang menitikberatkan penampilan diri.

7) Mekap asas

Sudah namanya beg kecemasan, jadi tidak perlu anda bawa segala barang mekap yang biasa anda gunakan. Cukup sekadar pelembap bibir, bedak kompak dan pensil kening.

Untuk mengelakkan anda terlupa, sentiasa letakkan beg kecemasan ini di dalam tas tangan. Anda juga boleh letakkannya di dalam dashbord kereta atau loker peribadi di pejabat. - Wikihow 

Artikel Berkaitan

Artikel Lain