suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenapa mengantuk selepas makan? Ini penjelasannya

SETIAP kali kalau makan nasi lemak atau nasi kandar, bukan sahaja perut kenyang tetapi memang akan rasa mengantuk. Apa sebabnya ye?

Pakar Pemakanan, Dr. Fatimah Eliana menjelaskan apabila makan terlalu banyak, organ pencernaan terpaksa bekerja lebih aktif membuatkan kita berasa mengantuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton filem seram bukan sahaja buat anda fokus tetapi boleh kurus!

"Organ yang paling aktif untuk proses pencernaan adalah jantung dan otak sekali gus mengalami sedikit kekurangan oksigen yang menyebabkan rasa mengantuk," katanya.

Bagi mengelakkan rasa mengantuk, Dr Fatimah menyarankan agar mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat selain bergerak aktif selepas makan.

Bagaimanapun katanya, tidak perlu melakukan sukan berat sebaliknya memilih kedai makan yang agak jauh bagi membolehkan anda memaksa diri berjalan selepas makan.

"Paling baik selepas makan berjalan supaya karbohidrat yang kita makan sampai ke otot, lemak dan otak. Sehingga sel otot dan sel lemak tidak mengalami kekurangan oksigen," ujarnya.

Fenomena mengantuk selepas makan juga disebut sebagai postprandial somnolence atau "food coma".

Makan, Mengantuk, Tidur, Karbohidrat

Artikel Lain