Bakal pengantin wajib baca! 5 key person ini dapat melancarkan majlis perkahwinan anda - I-suke | mStar

Bakal pengantin wajib baca! 5 key person ini dapat melancarkan majlis perkahwinan anda

Pasangan 'Raja Sehari' jangan ambil mudah lima perkara ini, jika tidak mahu majlis perkahwinan yang anda impikan musnah!

SEBUT sahaja tentang kahwin, tentu sekali bakal pengantin dan ahli keluarga akan excited! Mana tidaknya, masing-masing mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan gah.

Tidak hanya niat untuk mendirikan mahligai yang bahagia serta hidup bersama pasangan hingga ke akhir hayat, malah gelaran wedding of the year seakan-akan menjadi trend kepada bakal pengantin masa kini.

Namun begitu dalam keghairahan mendapatkan gelaran tersebut, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira oleh bakal pengantin seperti pemilihan pakej perkahwinan.

Berikut antara lima orang penting penting yang bakal pengantin wajib ambil kira sebelum melangsungkan majlis:

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘tenggelam’ dek gelagat bridesmaid, konon nak pegang, cakar suami... “Kami acah-acah je, bukan nak mengurat pun”

Foto perkahwinan yang tular baru-baru ini disebabkan oleh salah pemilihan warna pelamin.

1. Penghias pelamin

Sejujurnya pelamin merupakan antara perkara wajib yang perlu ada di mana-mana majlis perkahwinan.

Ini kerana, pelamin adalah antara elemen penting yang digunakan oleh pasangan mempelai untuk bersanding di hadapan tetamu. 

Malahan, ia sesuai sebagai tempat untuk merakam detik indah bersama keluarga tercinta, rakan terdekat serta jemputan yang hadir.

Baru-baru tular di media sosial gambar perkahwinan seorang wanita dek kerana pemilihan rona busana pengantin sama seperti  pelamin hinggakan hilang serinya. Malah, kumpulan pengapitnya yang mengenakan baju berona merah kelihatan lebih menyerlah.

Jadi, nasihat buat bakal pengantin, pilihlah pelamin yang bersesuaian dan pastikan warna pelamin kontra dengan baju pengantin. Sebagai contoh, jika pengantin mengenakan busana berona merah, pelamin seharusnya dihiasi dengan warna cream atau putih. Ini membantu dalam menaikkan lagi seri pengantin tersebut.

Test makeup penting untuk bakal pengantin.

2. MUA atau jurusolek

Pengantin wanita mana yang tidak ingin kelihatan cantik menawan di hari perkahwinannya? Oleh itu, penting buat bakal pengantin melakukan test makeup sebelum majlis berlangsung. Ini bagi menguji kesesuaian solekan ke atas kulit bakal pengantin bagi memenuhi citarasanya.

Umum tahu, sentuhan solekan yang sesuai juga membantu dalam menaikkan aura seri pengantin. Oleh itu, penting untuk diingatkan kepada bakal pengantin supaya lebih teliti dalam memilih jenis solekan untuk digayakan.

Namun, janganlah terlalu cerewet hingga membuatkan MUA atau jurusolek rimas dengan perangai anda. 

Tidak salah untuk anda sebagai bakal pengantin mahukan yang terbaik tetapi seeloknya berbincang dahulu serta dapatkan juga pendapat MUA tersebut.

Tidak salah untuk bakal pengantin menyuarakan pendapat serta cadangan kepada pereka baju anda.

3. Pereka baju

Sebagai bakal pengantin, anda diwajibkan untuk turun padang bagi memilih dan mencuba sendiri busana yang akan digayakan di hari pernikahan nanti agar tidak kelihatan janggal.

Selain itu, perlu untuk anda dapatkan pandangan serta pendapat dari pereka baju berkaitan kesesuaian busana pengantin dengan bentuk badan serta warna kulit anda.

Antara perkara yang perlu di ambil kira adalah seperti, jenis kain, reka bentuk busana serta pemilihan warna. Bak kata orang, 'kahwin ini hanya sekali seumur hidup', jadi segala persiapan perlu dilakukan dengan teliti dan terperinci.

Sebagai contoh, jika anda memiliki tubuh yang gempal atau berisi, elakkan dari memakai busana jenis maxi dress. Ini kerana silhouettes seakan duyung akan membuatkan pinggul anda kelihatan besar.

Anda dinasihati untuk melakukan food testing sebelum menempahnya.

4. Pengusaha katering

Tidak dinafikan, rata-rata bakal pengantin mahukan katering yang berbaloi, berpatutan serta murah mengikut baget yang diperuntukan.

Jadi, penting untuk anda selidik serta memilih menu yang sesuai untuk dihidangkan di hari majlis berlangsung. Ini kerana terdapat pelbagai kes penipuan yang berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh katering yang tidak bertanggungjawab.

Pemilihan katering haruslah menepati citarasa yang sesuai dengan menyediakan hidangan lazat yang mampu menarik hati para tetamu.

Bakal pengantin juga perlu meminta 'food tester' untuk merasa dahulu menu-menu sebelum menempahnya.

Jurugambar bertanggungjawab untuk merakam setiap detik-detik bahagia semasa majlis berlangsung.

5. Jurugambar dan juruvideo

Pemilihan jurugambar profesional amatlah penting bagi merakam detik hari bahagia itu dalam bentuk foto dan video untuk dijadikan kenangan sehingga ke anak cucu.

Anda juga perlu melakukan sedikit pelaburan untuk mendapatkan jurugambar yang profesional bagi merakam precious moment di hari pernikahan anda.

Jurugambar boleh diibaratkan seperti saksi utama majlis pernikahan anda serta mempunyai bukti untuk hari bersejarah itu, dimana mereka yang akan merakam gambar pelamin yang tersergam indah, busana pengantin yang elegan, solekan anggun yang membuatkan tetamu terpegun serta bertambah seri majlis tersebut.

Jadi, jangan tersalah pilih jurugambar kerana semua bukti-bukti itu akan hilang begitu sahaja jika tidak dirakam dengan betul dan profesional.

Perkahwinan , supplier , penting

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain