Mencuci barang kegunaan harian memang melecehkan, jangan bimbang 'trick' ini memudahkan tugas anda!

Mencuci dapur gas adalah kerja remeh tetapi mudah sekiranya anda tahu cara yang betul. -Gambar hiasan

TUGAS membersihkan rumah memang memenatkan, apatah lagi di bahagian tertentu seperti celah-celah dinding, bawah katil serta dapur gas yang berminyak.

Tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk membersihkan barangan kegunaan harian di rumah dan paling penting tidak memenatkan dan menjimatkan masa.

1. Dapur gas berminyak

Tiada apa yang lebih memuaskan apabila dapat memasak hidangan kegemaran keluarga, namun apabila melihat kekotoran pada dapur gas, rasa lapar mungkin hilang!

Jangan bimbang, sebenarnya anda hanya perlukan air sabun yang dibancuh dalam air suam dan tuala mikrofiber yang mampu menyerap segala kotoran termasuk minyak.

Jadi tidak perlu lagi membazir membeli bahan pencuci yang mahal.

2. Mencuci cermin

Barangkali mencuci cermin tingkap adalah perkara paling remeh kerana banyak proses perlu dilakukan bagi memastikan cermin berkilat dan bercahaya.

Tapi sebenarnya ada cara mudah untuk mencuci tingkap iaitu hanya membancuh campuran air dan cuka untuk dipancut ke bahagian cermin yang kotor.

Sekali lagi tuala mikrofiber sangat membantu dalam proses ini tanpa perlu anda mengesat menggunakan surat khabar bagi mendapatkan cermin yang berkilat.

3. Kotoran pada karpet

Kepada yang mempunyai anak kecil pasti sudah terbiasa dengan situasi anak-anak muntah di atas karpet dan kotorannya pula sukar dihilangkan dan berbau.

Jangan panik dan jangan juga cuba-cuba menyental kekotoran pada karpet. Jika tiada produk membersihkan kotoran itu, anda boleh bancuh sendiri menggunakan cecair pencuci pinggan yang dicampur dua sudu cuka dan satu cawan air.

Tuangkan bancuhan itu pada bahagian terkesan dan biar ia meresap sendiri.

4. Bawah katil

Bahagian tersorok seperti bawah katil memang jarang diberi perhatian apatah lagi untuk dibersihkan tetapi itulah tempat utama pembiakan habuk dan silap-silap tempat tikus membiak.

Tapi belum terlambat... anda hanya perlu ambil penyapu sawang dirumah dan sarungkan dengan tuala mikrofiber bagi membolehkan semua habuk melekat dan tidak berterbangan.

5. Microwave

Microwave memang memudahkan kehidupan tetapi kita juga sering ambil mudah tentang kebersihannya sebab ia perkara remeh untuk dilakukan.

Mudah - anda hanya perlu meletakkan air dalam mangkuk berserta sebiji lemon yang dipotong sebelum panaskan selama dua minit.

Selepas selesai biarkan air itu selama dua minit sebelum keluarkan mangkuk itu dan campurkan sabun pencuci ke dalamnya sebelum digunakan untuk membersihkan bahagian dalam microwave. - IN STYLE

iSUKE, Tip, Mencuci

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain