5 aplikasi senaman ini boleh bantu anda miliki tubuh idaman

Aplikasi berkaitan senaman dan kecergasan dapat membantu anda melakukan rutin dengan betul tanpa bantuan pelatih peribadi.

SENAMAN sebenarnya bukanlah aktiviti mudah seperti disangkakan kerana jika teknik yang dilakukan tidak betul, maka usaha anda akan tentunya menjadi sia-sia.

Jadi tidak hairan banyak pusat kecergasan menawarkan perkhidmatan pelatih peribadi untuk membantu anda melakukan senaman yang betul bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Bagaimanapun mengupah pelatih peribadi bukannya murah dan memerlukan kos yang agak tinggi. Jangan bimbang! Lima aplikasi ini dapat membantu anda melakukan senaman dihujung jari.

1. Romwod

Jika anda sering mengalami kesakitan di bahagian otot, aplikasi Romwod yang direka khas oleh CrossFitters ini mungkin boleh membantu anda dalam melakukan senaman yang betul bagi mempercepatkan pemulihan kecederaan sekaligus meningkat dan mengekalkan prestasi anda!

2. Streaks

Kajian menunjukan seseorang itu mengambil masa selama 66 hari untuk terbiasa dengan sesuatu rutin hingga menjadi tabiat. Jom cuba Streaks, ia direka bagi menjejak dan mengalakkan tingkah laku sihat.

3. Senza

Jika anda sedang mengamalkan diet, Senza adalah aplikasi paling sesuai untuk dimuat turun bagi membantu anda mengesan kandungan sesuatu makanan dengan mengimbas kod.

4. Yogaia

Mula berlatih teknik yoga anda dengan Yogaia iaitu aplikasi digital pertama yang menyediakan kelas disiarkan secara langsung ke peranti anda. Anda juga boleh berinteraksi secara langsung menerusi webcam jika terdapat sebarang kemusykilan.

5. Sanvello

Sanvello memberi perkhidmatan kepada anda yang mahu mengatasi tekanan dan kemurungan. Aplikasi meditasi ini berfungsi berdasarkan terapi perilaku kognitif dalam memastikan kesihatan mental anda berada dalam keadaan baik. - GQ

Aplikasi, Senaman

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain