suria

Samsung lancar 'smart TV', sama harga sebuah apartment!

Samsung melancarkan QLED 8K Smart TV yang harganya mencecah sehingga RM299,999.

PERNAH anda dengar televisyen berharga RM299,999? Dah macam harga sebuah apartment tiga bilik tapi jangan tak percaya sebab Samsung Malaysia baharu sahaja melancarkan QLED 8K Smart TV.

Ia datang dengan pelbagai saiz bermula 75 inci (190 sentimeter) berharga RM59,000, 82 inci (208 sm) untuk RM99,000 dan 98 inci (249 sm) yang berharga RM299,999!

Kalau rasa ada banyak duit, why not beli TV 98 inci ini... tak perlu lagi ke panggung wayang dan boleh merasai pengalaman sama di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya 'Nokia Banana' dilengkapi Whatsapp

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cari kekasih? Nantikan aplikasi terkini 'Facebook Dating'


QLED 8K TV menjanjikan pengalaman menonton luar biasa.

Samsung memberitahu QLED 8K Smart TV itu dilengkapi sistem Quantum Processor 8K iaitu teknologi yang menjanjikan kepuasan menonton dan bunyi dengan resolusi tinggi.

Resolusi 8K itu adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada 4K Ultra High Definition (UHD) dan 16 kali ganda daripada Full HD (FHD). Hebat ke tidak?

Tak cukup dengan itu, QLED 8K TV turut dilengkapi dengan 33 juta resolusi pixel berbanding 2 juta pada FHD.

Ketua Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan berkata, QLED 8K TV dihasilkan untuk pengguna yang ingin menonton televisyen menerusi skrin lebih besar dan resolusi tinggi.

Katanya, sejak 2015, lebih banyak pelanggan yang gemarkan televisyen bersaiz besar.

Samsung, TV pintar, smart TV

Artikel Lain