suria

Akhirnya 'Nokia Banana' dilengkapi Whatsapp

Nokia 8110 kini dilengkapi dengan aplikasi Whatsapp.

TELEFON klasik Nokia 8110 atau lebih dikenali sebagai Nokia Banana akhirnya dilengkapi dengan aplikasi Whatsapp.

HMD Global iaitu syarikat pengeluar telefon itu mengumumkan aplikasi itu boleh mula dimuat turun selepas mendapat banyak maklum balas pengguna sebelum ini.

Walaupun Nokia 8110 telah mula dilancarkan pada Julai tahun lalu namun aplikasi itu pertama kali diperkenalkan kepada pengguna di India pada April lalu.

Pengurus Global HMD (Malaysia dan Myanmmar), Vijay Thangavelu berkata, menerusi perkembangan terbaharu itu, pengguna bukan sahaja boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, namun boleh mengimbau zaman kegemilangan Nokia Banana yang terkenal suatu ketika dahulu.

Nokia 8110 menggunakan sistem Smart Feature OS yang dikuasakan oleh KaiOS yang membolehkan ia dilengkapi dengan ciri-ciri telefon pintar lain termasuk Facebook.

Ia turut dilengkapi dengan WiFi, NFC, Bluetooth dan 4G. Hanya berharga RM299, ia mempunyai 2 Megapixel kamera dengan LED flash, 512MB RAM berserta 4GB memori.

Nokia 8110, Nokia Banana

Artikel Lain