suria

Nak cari kekasih? Nantikan aplikasi terkini 'Facebook Dating'

Facebook Dating bakal diperkenalkan di Malaysia.

NAMPAKNYA anda boleh lupakan Tinder kerana Facebook (FB) akan membantu anda mencari pasangan menerusi laman sosial itu!

Laman sosial popular itu bakal memperkenalkan aplikasi Facebook Dating dan Malaysia antara 14 negara yang akan menerima ciri terbaharu ini termasuk Singapura, Vietnam, Laos, Filipina, Peru dan Chile.

Ketua Aplikasi FB, Fidji Simo memberitahu menerusi Facebook Dating pengguna bukan sahaja dapat mencari kenalan baharu yang mempunyai minat sama tetapi ia boleh membantu dalam misi mencari cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp dah tak boleh ‘screenshot’?

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna Twitter kini hanya boleh 'follow' 400 akaun sehari berbanding 1,000... ini sebabnya!

"Dengan perubahan terbaharu ini, anda bukan sahaja masuk ke Facebook untuk berhubung dengan kenalan sedia ada tetapi mencari rakan baharu atau mungkin 'si dia'," katanya.

Antara ciri dalam Facebook Dating, Secret Crush.

Simo juga memberi jaminan ciri terbaharu itu selamat selain ia berbeza dengan profil sedia ada.

Dalam pada itu, Simo memberitahu ciri terkini itu mendapat sambutan positif daripada negara seperti Colombia, Thailand, Kanada, Argentina dan Mexico yang terlebih dahulu menggunakan Facebook Dating.

Menerusi aplikasi itu, Facebook Dating turut memperkenalkan Secret Crush - yang membolehkan seseorang meneroka peluang hubungan romantik dalam kalangan rakan-rakan profil sedia ada.

Jadi, sekiranya seseorang memilih Secret Crush, mereka boleh menambah sembilan orang kenalan daripada FB yang dirasakan mempunyai potensi untuk bergelar kekasih.

"Profil yang ditambah ke dalam aplikasi itu akan mendapat pemberitahuan yang seseorang berminat dengan mereka dan sekiranya orang yang meminati anda itu juga sukakan anda, mereka pula akan membuat permintaan untuk berkawan dalam Secret Crush," katanya lagi.

Bagaimanapun FB tidak mendedahkan sebarang aktiviti pengguna Secret Crush kepada orang lain yang tidak menggunakan Facebook Dating.

Facebook, Facebook Dating

Artikel Lain