suria

Sesak nafas dalam rumah sendiri? Tanam sahaja 5 tumbuhan ini untuk hirup udara bersih

Pakis Boston antara tumbuhan dalam rumah yang mudah untuk tumbuh. - The Spruce

BERADA terlalu lama di dalam ruang yang mengalami pencemaran udara atau kurang pengudaraan yang baik boleh menyebabkan 'sindrom bangunan sakit'.

Sindrom ini akan menyebabkan kepala seseorang sakit, pening atau kerengsaan pada bahagian mata, telinga dan hidung.

Perhiasan, fabrik perabot, bahan binaan sintetik dan produk pembersihan di rumah serta pejabat boleh mengeluarkan pelbagai sebatian toksik seperti formaldehid.

Namun, tahukah anda bahawa tumbuhan dalam bangunan (indoor plants) boleh membersihkan udara tanpa anda sedar.

Ketahui lima jenis tumbuhan dalam bangunan yang mudah dijaga dan susah untuk 'mati' menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Bunga Kekwa menyingkirkan gas ammonia, benzena, formaldehid dan xilena. - Your Keyword Basket 

1. Pokok Bunga Kekwa

Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.

Pokok Lily Paris menyingkirkan gas formaldehid dan xilena. - Bakker

2. Pokok Lili Paris

Daun Lily Paris adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan amat sesuai untuk mereka yang sering terlupa untuk menyiram air pada pokok.

Dracaena menyingkirkan gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena. - Crocus

3. Dracaena

Terdapat lebih 40 jenis tumbuhan Dracaena dan sudah tentu anda mempunyai banyak pilihan yang menepati citarasa untuk diletakkan di sudut rumah.

Tetapi, pemilik haiwan peliharaan harus berhati-hati kerana Dracaena bertoksik untuk anjing dan kucing.

Pokok Lidah Buaya menyingkirkan gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena. - Crocus

4. Pokok Lidah Jin

Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ kerana walaupun ia perlu disiram secara berkala, pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

Pakis Boston menyingkirkan gas formaldehid dan xilena. - The Spruce

5. Pakis Boston

Pakis Boston lebih gemar membersihkan udara daripada lokasi yang sejuk dengan kelembapan tinggi dan cahaya bukan terus.

Walaupun tumbuhan ini mudah untuk tumbuh, tetapi ia perlu kekal lembap. - Greatist

Nasa, tumbuhan dalam bangunan

Artikel Lain