suria

Nak rasai sendiri ‘vibes’ perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya? Ini tip berguna buat anda

81 kontinjen membabitkan 14,010 peserta terbabit dalam perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. -Foto FAIHAN GHANI/SMG

DATARAN Putrajaya sekali lagi bakal menjadi tumpuan ratusan ribu rakyat Malaysia dan pelancong sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada Ahad.

Lebih 500,000 pengunjung dijangka hadir untuk menyaksikan perbarisan membabitkan 81 kontinjen menerusi 14,010 peserta itu.

Menurut Perbadanan Putrajaya, bagi melancarkan perjalanan, sebanyak 15,000 parkir disediakan dengan bas perantara percuma disediakan seawal pukul 4 pagi.

Bagi mereka yang ingin turut serta pada sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, berikut beberapa tip berguna untuk anda.

1. Datang awal

- Ia bertujuan mendapatkan kedudukan terbaik untuk melihat perarakan.

- Kebiasaanya ramai mula medapatkan tempat sejak malam ambang merdeka.

2. Bawa payung, kipas tangan dan topi

- Ia diadakan di lokasi terbuka, jadi cuaca mungkin panas terik atau hujan lebat.

3. Bawa air dan makanan ringan

- Dengan jumlah pengunjung yang ramai dan cuaca panas boleh menyebabkan anda cepat dahaga dan lapar.

Bawa payung serta air bagi mengelak kehausan sekiranya cuaca panas. -Gambar hiasanBawa payung serta air bagi mengelak kehausan sekiranya cuaca panas. -Gambar hiasan

4. Sediakan wang tunai

- Jumlah pengunjung yang ramai menyebabkan internet perlahan dan sukar untuk bayar secara dalam talian.

5. Bawa powerbank 

- Pastinya banyak gambar dan video dirakam sepanjang acara dan sudah pasti bateri telefon cepat habis.

6. Bawa tisu atau tuala kecil

- Sama ada untuk lap peluh atau mengelap tangan selepas makan jadi tisu atau tuala amat penting.

7. Elakkan bawa anak kecil dan warga emas

- Selain kerana kurang selesa, dikhuatiri mereka tersesat dan hilang dalam suasana orang ramai.

Sediakan wang tunai kerana dikhuatiri liputan internet terganggu kerana ratusan ribu membanjiri Dataran Putrajaya. -Gambar hiasanSediakan wang tunai kerana dikhuatiri liputan internet terganggu kerana ratusan ribu membanjiri Dataran Putrajaya. -Gambar hiasan

8. Tentukan lokasi pertemuan

- Sekiranya terpisah, tentukan lokasi yang ditetapkan awal untuk memudahkan anda bertemu semula.

9. Rancang perjalanan

- Anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, atau boleh juga memandu terus ke lokasi. 

- Ikuti nasihat polis trafik kerana ada terdapat jalan yang ditutup atau dilencongkan.

10. Jaga kebersihan

- Jangan buang sampah merata-rata kerana banyak tong sampah tersedia di sekitar Dataran Putrajaya.

Artikel Lain