suria

Wanita terkejut jumpa ‘hidden camera’ dalam chalet, tersembunyi celah cermin menghadap katil - “Aku betul-betul shaking!”

Wanita mengakui trauma selepas menjumpai kamera tersembunyi di dalam chalet. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG wanita berkongsi pengalaman mencemaskan apabila menemui sebuah kamera tersembunyi di bilik chalet yang disewanya.

Menurut wanita dikenali sebagai Nurul, kamera kecil itu ditemui di celahan cermin yang menghadap terus ke arah katil.

Katanya, lokasi kamera yang tersembunyi itu hampir mustahil untuk disedari jika tidak diperhati dengan teliti.

“Aku betul-betul shaking. Lepas jumpa Nurul terus pergi buat report polis. Allah nak jaga aib lagi sebab masa jumpa kamera ni bukan dalam mood on.

"SD card pun tiada, jadi memang tak rekod. Dah check juga masa kat balai polis," kongsinya di Facebook.

Tanpa mendedahkan lokasi kejadian, Nurul memaklumkan pemilik chalet memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Tandas awam juga tidak terlepas menjadi sasaran aktiviti segelintir individu merakam secara haram. -Gambar hiasanTandas awam juga tidak terlepas menjadi sasaran aktiviti segelintir individu merakam secara haram. -Gambar hiasan

"Nurul tak rasa kerja owner sebab tiada seorang owner pun yang nak tengok tempat dia busuk (tercemar).

"Cuma rasa ralat kenapa kamera diletakkan di situ. Tertanya-tanya juga guest yang sebelum ni, tak perasan ke macan mana tu. Nasib kamera tak on," katanya.

Dia mengakui trauma dengan kejadian itu dan mulai rasa bimbang untuk menginap di mana-mana lokasi selepas ini.

"Tujuan Nurul kongsi ni untuk bagi peringatan kepada para wanita. Lepas ni nak pergi tandas awam atau ke mana-mana tolong waspada.

"Nurul sendiri pun sebelum ni tak pernah alert, tapi apabila dah kena memang fobia teruk rasanya," katanya.

Tip kesan kamera tersembunyi:

1. Periksa kawasan mencurigakan

- Fokus pada cermin, lubang kecil di dinding, lampu, alat pengesan asap, televisyen atau jam digital.

- Kamera mini biasanya disorok di tempat yang menghadap katil atau bilik air.

2. Uji dengan suluh cahaya telefon

- Tutup lampu bilik.

- Gunakan lampu suluh pada telefon, halakan ke arah cermin, dinding atau objek mencurigakan.

- Jika ada kamera, lensa biasanya akan memantulkan cahaya kecil berkilat.

3. Gunakan kamera telefon

- Hidupkan kamera depan telefon.

- Imbas sekeliling bilik.

- Ada sesetengah kamera tersembunyi akan memancarkan infrared yang boleh dikesan melalui skrin telefon.

4. Lakukan ujian cermin

- Letak jari di permukaan cermin.

- Jika ada jarak antara jari dengan bayangan, itu cermin biasa.

- Jika tiada jarak (touch direct) – berhati-hati, kemungkinan cermin dua hala.

5. Gunakan aplikasi pengesan kamera

- Terdapat beberapa aplikasi percuma atau berbayar seperti Hidden Camera Detector, Glint Finder.

- Ia boleh kesan pancaran magnetik atau lensa kamera tersembunyi.

6. Kesan WiFi

- Ada kamera tersembunyi yang memancarkan signal WiFi.

- Gunakan aplikasi WiFi scanner untuk lihat jika ada network asing aktif dalam bilik.

7. Tutup kawasan sensitif

- Jika ragu-ragu, tutup lubang atau alat mencurigakan dengan tuala, plaster atau kain sementara.

Artikel Lain