suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anda boleh selesai sendiri masalah aircond kereta bau busuk, jangan tergesa-gesa ke bengkel

Bau dikeluarkan pendingin hawa kereta boleh diselesaikan.

MASALAH bau busuk pada pendingin hawa (aircond) kereta sememangnya boleh mengganggu keselesaan pemandu dan penumpang.

Namun, sebelum membawa kenderaan ke bengkel, anda boleh mencuba tip mudah dikongsikan oleh seorang mekanik yang banyak berkongsi panduan berkaitan penyelenggaraan aircond, Tektino Vstar OE.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dicuba:

Langkah 1

a. Tetapkan mod Internal Circulation ((peredaran udara dalaman)

b. Suhu ditetapkan pada tahap paling tinggi

c. Kipas pada kelajuan paling tinggi

Tutup semua pintu kereta dan biarkan sistem ini beroperasi selama 10 minit.

Laraskan mod peredaran udara untuk menjayakan teknik hilangkan bau busuk aircond kereta.

Langkah 2

a. Tukar ke mod External Circulation (peredaran udara luaran)

b. Suhu ditetapkan pada tahap paling rendah

c. Kipas masih pada kelajuan paling tinggi

Buka semua tingkap dan pintu kereta, kemudian biarkan selama 10 minit.

Dengan mengikuti langkah ini, bau busuk dalam sistem aircond kereta anda dapat dikurangkan secara efektif.

Jika masalah masih berlarutan, barulah anda pertimbangkan untuk membawa kenderaan ke bengkel bagi pemeriksaan lebih lanjut.

Cuba dahulu, mungkin boleh jimat duit!

Artikel Lain