SEMPENA Tahun Baharu Cina, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen Kongsi Meriah yang menawarkan pelbagai promosi penjimatan, peraduan dan aktiviti buat pelanggan setianya.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan The Star dalam menampilkan permainan ‘Snake Board Game’ sempena kempen ini.
"Signifikan dengan tahun ular, MYDIN dengan kolaborasi The Star menampilkan permainan ‘Snake Board Game’ yang mana peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan dan pelbagai tawaran melalui aplikasi MYDIN Rewards.

Ng (tengah) diapit oleh Chan (kiri) dan Ameer ketika majlis pelancaran kempen Kongsi Meriah pada Khamis.
"Selain itu, 10 individu bertuah juga berpeluang memenangi ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880," katanya ketika majlis pelancaran Kongsi Meriah di MYDIN Subang Jaya pada Khamis.
Majlis pelancaran yang berlangsung meriah itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan Seng Fatt.

Chan yakin kolaborasi itu boleh memberi impak kepada masyarakat.
Mengulas kolaborasi itu, Chan berkata permainan tersebut bukan sahaja bertujuan menghibur, tetapi turut membawa elemen pendidikan yang memperkayakan kempen Kongsi Meriah ini.
"Sebagai rakan media rasmi, kami amat berbangga dapat bekerjasama dalam kempen ini. Salah satu komponen menarik yang kami sumbangkan ialah Snake Game, yang diilhamkan oleh pasukan editorial kami.
"Melalui Snake Game, pemain dapat mempelajari fakta menarik tentang ular, simbol Tahun Ular dalam kalendar Cina sambil menikmati pengalaman bermain yang menyeronokkan.

MYDIN membantu meringankan beban 500 penerima B40 bagi meraikan Tahun Baharu Cina.
"Kami percaya bahawa inovasi ini adalah contoh bagaimana kolaborasi kukuh boleh melahirkan hasil yang memberi impak kepada masyarakat," katanya.
Dalam majlis sama, MYDIN melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor turut menyumbang bantuan kotak makanan dan baucar tunai kepada 500 penerima golongan B40 berbangsa Cina.
Kempen Kongsi Meriah 2025 berlangsung dari 1 Januari sehingga 12 Februari 2025.

Permainan 'Snake Board Game' sesuai dimainkan oleh pelbagai lapisan umur.
Antara peraduan menarik sempena kempen ini, 28 pelanggan bertuah hanya perlu berbelanja serendah RM118 di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang memenangi persembahan tarian singa secara percuma.
Selain itu, pemegang kad MERIAH juga akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyne.

Majlis pelancaran kempen Kongsi Meriah berlangsung di MYDIN Subang Jaya pada Khamis.
Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay akan menerima kredit sebanyak RM8.
Pengguna yang berbelanja sebanyak RM80 melalui aplikasi tersebut juga akan menerima pulangan tunai (cash back) bernilai RM8.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.


