suria

Pemuda ajar cara ‘kipas’ pintu kereta... Teknik pantas buang haba lepas parkir tengah panas, aircond pun cepat sejuk

Tangkap layar video perkongsian individu itu yang tular di X.

KERETA yang diparkir di tengah panas pastinya akan memerangkap haba.

Malah, kepanasan itu benar-benar terasa sejurus pintu kereta dibuka oleh pemandu serta penumpangnya.

Apabila berlaku situasi ini, kita biasanya akan membuka tingkap dan memasang pendingin hawa pada kekuatan maksimum.

Namun, seorang individu dikenali sebagai @ketotbae berkongsi kaedah berbeza yang dilakukannya untuk membuang haba dari dalam kereta.

Menerusi video yang dikongsi di platform X, pemuda itu memegang sisi pintu kereta dan akan mengipasnya berulang kali sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan haba panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah tahu pun fungsi butang ini... Rupanya cara ekspres nak sejukkan kereta waktu tengah panas

Anda hanya perlu membuka dan menutup pintu itu berulang kali dalam kelajuan sederhana dan ia dikatakan mampu menyejukkan kereta dengan pantas.

"Kalau parking open, ni je la cara paling cepat nak buang haba dalam kereta. Kita gunakan konsep vacuum fizik.

"Buka semua tingkap kecuali tingkap pintu yang buat kipas tu then mengipaslah kau beberapa kali. Serta merta haba semua hilang compared to buka tingkap sahaja.

"Lepas tu, tutup tingkap depan, biar tingkap belakang terbuka sambil on aircond. Sure aircond cepat sejuk. Bila rasa angin aircond mula sejuk je terus tutup semua tingkap dan ready to go," kongsi individu itu.

Perkongsian berkenaan meraih hampir setengah juta tontonan di platform X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain