suria

Secawan kopi Starbucks terasa lebih nikmat bersama berita Majoriti 7

Alex Yeow (kiri) dan Datuk Sydney Quays selepas menandatangani MoU di Starbucks Kiara Bay DT.

APAKAH yang terbaik untuk dipadankan dengan secawan kopi hebat dari salah satu rangkaian kopi terbesar dan paling berjaya di dunia? Ia mungkin naskhah mingguan premium yang pertama dalam Bahasa Melayu.

Menampilkan spektrum luas berkaitan gaya hidup di samping penceritaan ulasan budaya moden, Majoriti 7 yang tersedia setiap Khamis akan diberikan kepada pelanggan Starbucks apabila mereka mendapatkan secawan kopi di cawangan terpilih sekitar Lembah Klang.

Kolaborasi ini terjalin menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Group yang juga Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Datuk Sydney Quays dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Alex Yeow di Starbucks Kiara Bay DT, Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Sufian Abdullah turut hadir sebagai tanda sokongannya terhadap kerjasama yang baru diwujudkan di bandar Kiara Bay yang memenangi anugerah UEM Sunrise.

Dalam pada itu, Ketua produk Majoriti 7, Chung Eng Lee berkata, selain segmen yang menarik, Majoriti 7 menawarkan jenama platform baharu yang menghubungkan pengiklan secara langsung dengan pembaca sasaran mereka.

"Selepas perbincangan bersama, kami memutuskan bahawa cara terbaik Majoriti 7 boleh menghubungkan jenama yang premium kepada pelanggan yang premium adalah melalui kerjasama dengan rakan kongsi yang tepat, terutamanya mereka yang berkongsi cita-cita yang sama seperti kami,” tambahnya.

Pasukan Majoriti 7, Starbucks Malaysia dan UEM Sunrise bergambar bersama Alex Yeow (kiri) dan Datuk Sydney Quays (tengah). Hadir sama Sufian Abdullah (kanan).

Pasukan Majoriti 7, Starbucks Malaysia dan UEM Sunrise bergambar bersama Alex Yeow (kiri) dan Datuk Sydney Quays (tengah). Hadir sama Sufian Abdullah (kanan).

Eng Lee turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Starbucks yang mencetuskan budaya minum kopi dan menyediakan lokasi menarik di samping memberi pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan yang hadir.

"Starbucks terkenal di seluruh dunia kerana dedikasinya terhadap hasil bancuhan kopi yang berkualiti tinggi manakala Majoriti 7 komited untuk menyampaikan gabungan elemen perspektif dan gaya hidup yang memberi impak menyeluruh kepada rakan kongsi mahupun pengguna.

"Kami berharap dapat memberi nilai tambah kepada pemasar berjenama dengan menjadikan platform ini sebagai ruang untuk mereka mempamerkan identiti tersendiri khusus kepada pelanggan," kata Eng lee.

Tambahnya, edisi sulung penerbitan mingguan ini telah menarik minat beberapa pemasar berjenama yang menghargai kedudukan unik dan segmentasi pembaca Melayu di kawasan bandar seperti yang ditawarkan.

Bagi Quays, beliau mengakui mempunyai pengalaman dalam menyesuaikan cara untuk melayan pelanggan serta menjangka setiap keperluan mereka di Starbucks.

"Bagi sesetengah individu, tiada yang lebih menyeronokkan berbanding memesan secawan minuman Starbucks kegemaran samping membaca berita terkini mahupun hal ehwal semasa dari senaskhah akhbar Majoriti 7.

"Oleh itu, kami berbesar hati untuk membawa kemudahan pelanggan ke tahap seterusnya dengan menyediakan Majoriti 7 di kedai kami. Dengan kerjasama ini, para pelanggan boleh menikmati persekitaran sosial yang selesa sambil membaca akhbar Majoriti 7," kata Quays.

Dengan slogan 'Adrenaline Metropolitan', Majoriti 7 memegang visi berbeza untuk mentakrifkan semula penceritaan yang mencerminkan hati dan jiwa masyarakat bandar, menyajikan kandungan progresif yang menjadi bahan perbincangan umum serta menarik minat.

Majoriti 7 juga boleh didapati di restoran De.Wan 1958 khusus untuk pelanggan mereka, manakala orang ramai boleh membeli salinan Majoriti 7 di cawangan 7-Eleven terpilih dan PETRONAS Mesra di Lembah Klang dengan harga RM8 setiap naskhah.

Syarikat yang berminat boleh berhubung dengan pasukan Majoriti 7 di sini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain