suria

Kursus TVET pasarkan pelajar berkeperluan khas dalam industri

Bilik darjah Kolej Vokasional Keningau direka khusus untuk komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

KEMENTERIAN Pendidikan komited menyediakan persekitaran kondusif dan akses pembelajaran kepada murid berkeperluan pendidikan khas (SED) supaya golongan itu dapat menguasai kemahiran vokasional bermula dari peringkat sekolah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Salmah Jopri berkata, pelajar SED yang berminat dalam pembelajaran kemahiran boleh mendaftar di mana-mana empat sekolah menengah vokasional (SMPKV) pendidikan khas di seluruh negara iaitu SMPKV Shah Alam (Selangor), SMPKV Kuantan (Pahang), SMPKV Indahpura (Johor), SMPKV Merbok (Kedah) dan Kolej Vokasional Keningau (Sabah).

Beliau berkata, mereka juga mempunyai pilihan untuk mengikuti Program Pendidikan Bersepadu (PPKI) yang menawarkan kursus Program Vokasional Menengah (PVMA).

"Kolej Vokasional Keningau telah membuka laluan kepada pelajar berkeperluan khas untuk meneruskan pengajian mereka," katanya sambil menambah bahawa pelajar di kolej itu termasuk dalam kategori bermasalah pendengaran dan kurang upaya pembelajaran.

Bagaimanapun, ujar Salmah, sama ada pelajar berkenaan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penuh yang ditawarkan di SMPKV, atau SKM Modular yang ditawarkan di sekolah dengan PPKI adalah bergantung kepada institusi yang dipilih.

Pelajar SED perlu mempraktikkan apa yang dipelajari.

Pelajar SED perlu mempraktikkan apa yang dipelajari.

Jelas beliau, SMPKV menawarkan semua unit kompetensi untuk kursus tertentu manakala PPKI hanya menawarkan beberapa unit kompetensi sahaja.

Lepasan SMPKV akan mendapat SKM (Mahir) manakala pelajar PPKI akan mendapat Penyata Pencapaian (PC) mengikut unit kompetensi yang telah disiapkan.

Tempoh dua tahun diperlukan untuk melengkapkan Tahap 1 dan 2 SKM Penuh dan tiga tahun jika mereka ingin mencapai Tahap 3.

Matlamatnya adalah untuk melengkapkan murid dengan semua aspek yang diperlukan dan menyediakan mereka sebelum memasuki dunia pekerjaan.

SALMAH

Mereka yang berada di trek modular memerlukan empat tahun bermula dari tingkatan dua.

Bagaimanapun, tambah Salmah, ini hanya untuk mereka yang mempunyai fungsi mudah dan kemahiran vokasional tertentu.

Menurut Salmah, sukatan pelajaran kemahiran yang digunakan adalah berdasarkan standard kebangsaan yang dibangunkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Beliau berkata, mata pelajaran akademik yang direka khas berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan turut diajar.

"Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Seni Visual serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan," katanya sambil menambah antara aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah tersebut adalah badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Pelajar SED perlu mempraktikkan apa yang dipelajari.

Pelajar SED dibentuk supaya dapat memasuki alam pekerjaan.

Tambahnya, selepas tamat pengajian, pelajar dengan SED berpeluang menyambung pengajian di peringkat kolej mahupun universiti atau memulakan kerjaya dalam bidang yang dipilih.

Mereka yang mempunyai SKM Penuh boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institut Pembinaan Kemahiran Negara, Kolej Kemahiran Johor atau Institut Kraf Negara.

Menjadi sebahagian daripada PPKI bermakna pelajar SED ini akan belajar bersama rakan sejawat mereka dalam sistem pendidikan arus perdana.

Justeru, tegas beliau, pelajar tersebut perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah serta mata pelajaran aliran kemahiran untuk memperoleh SKM di bawah JPK.

Pelajar di SMPKV pula akan dinilai oleh JPK supaya boleh mendapatkan sijil SKM.

Bagi mereka yang mengikuti Kemahiran Vokasional Khusus berdasarkan Kurikulum Standard Pendidikan Menengah Khas (KSSMPK), mereka akan dinilai mengikut keperluan Sijil Kemahiran Program Modular.

Mereka yang layak ialah pelajar Malaysia yang mendaftar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Pelajar-pelajar ini, bagaimanapun, mesti boleh mengurus diri sendiri dan tidak mempunyai masalah disiplin yang serius.

Transisi murid berkeperluan khas ke alam kerjaya.

Transisi murid berkeperluan khas ke alam kerjaya.

Mereka juga perlu sihat tanpa sebarang penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan penyakit lain) yang akan menjejaskan kerja amali.

Pelajar ini juga dikehendaki mengemukakan surat sama ada daripada pengamal perubatan perkhidmatan kerajaan atau swasta, pakar optik, pakar audiologi atau psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan untuk mengesahkan bahawa mereka sihat atau memegang kad orang kurang upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) bagi tujuan permohonan elaun pelajar SED (EMK).

Salmah berkata, laluan kemahiran itu direka untuk memastikan pelajar menerima pendedahan maksimum sejak permulaan.

"Matlamatnya adalah untuk melengkapkan murid dengan semua aspek yang diperlukan dan menyediakan mereka sebelum memasuki dunia pekerjaan. Untuk memastikan hasil yang optimum, kursus-kursus ini dikawal selia oleh JPK.

"Selepas berjaya menjalani latihan, pelajar akan diberikan SKM yang diiktiraf dalam pelbagai industri.

"Dalam era globalisasi ini, pelajar SED akan menghadapi pelbagai cabaran. Kami sangat komited dan sentiasa bersedia membantu mereka memenuhi keperluan pasaran kerja," katanya.

Tambah Salmah, dengan inisiatif tersebut, pelajar terlibat bukan sahaja boleh menjalani kehidupan yang normal malah boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang masak, tukang jahit, pengeluar batik, estetik, juruteknik elektrik mahupun juruteknik penyelenggaraan penghawa dingin.

"Terdapat banyak peranan lain yang boleh mereka ambil dalam industri perhotelan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain