suria

Gen Z suka TikTok! Jadi sumber hiburan kegemaran berbanding Netflix

Kandungan video pendek di media sosial memudahkan ia dilayari di mana sahaja.

TIKTOK terus mengungguli carta hati pengguna media sosial.

Malah platform itu dikatakan hampir menandingi medium penstriman video, Netflix meskipun rangkaian tersebut menawarkan pelbagai pilihan tontonan termasuk gaya hidup dan filem terbaru.

Malah Amerika Syarikat juga merekodkan peratusan pelayar TikTok yang ramai dan menghampiri pengguna Netflix.

ARTIKEL BERKAITAN: Secawan kopi Starbucks terasa lebih nikmat bersama berita Majoriti 7

Berdasarkan penyelidikan baharu daripada YPulse, dengan Tinjauan Pemantau Penggunaan Media yang dijalankan pada Oktober 2022, 69 peratus responden gemarkan Netflix diikuti TikTok, 60 peratus.

Maklum balas tersebut adalah daripada 1,500 pengguna Gen Z rakyat Amerika yang berumur antara 13 dan 39 tahun.

Dapatan kajian itu sekali gus menandakan pertumbuhan untuk rangkaian sosial China berkenaan sejajar laporan firmanya pada April yang mendapati 58 peratus pengguna Gen Z memetik TikTok sebagai laman web 'rasmi' berbanding 72 peratus untuk Netflix.

TikTok menjadi platform pilihan Generasi Z ketika ini.

TikTok menjadi platform pilihan Generasi Z ketika ini.

Difahamkan, perubahan itu disebabkan kandungan yang ditawarkan dalam rangkaian sosial semakin menarik minat generasi muda.

Menerusi kajian lain yang dijalankan oleh YPulse, 48 peratus daripada Gen Z mengakui mereka lebih suka menonton kandungan di rangkaian sosial.

Dalam pada itu, YPulse turut menyatakan bahawa peranti yang digunakan juga memainkan peranan dalam trend penggunaan baharu itu.

Ia berikutan, 68 peratus pengguna dalam kalangan generasi berkenaan memilih telefon pintar untuk menonton kandungan dengan kerap, berbanding 43 peratus yang memilih televisyen dan 40 peratus untuk komputer riba.

Panjang kandungan sesuatu video juga memberi kesan pada pilihan platform, memandangkan 48 peratus responden memilih video pendek daripada kandungan panjang.

Walaubagaimanapun, bagi peminat format yang lebih panjang, rangkaian sosial China itu memperkenalkan pilihan untuk menyiarkan video sehingga 10 minit.

Sesetengah akaun di TikTok juga membenarkan pengguna menonton episod siri atau klip filem dalam beberapa bahagian.

Pun begitu, bagi kategori penstriman, Netflix masih kekal sebagai peneraju, jauh mendahului pesaingnya.

Disney+ berada di tempat kelima (44%), Hulu di tempat ketujuh (31%), Prime Video di tempat kelapan (29%) dan HBO Max/HBO di tempat kesepuluh (23%).

YouTube TV dan Roku pula ditampilkan di bahagian bawah kedudukan (22%). - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain