suria

MAJORITI 7 DILANCARKAN SECARA RASMI: Akhbar mingguan premium Bahasa Melayu pertama di Malaysia

Akhbar mingguan Majoriti 7 bakal temui pembaca.

BERTERASKAN visi untuk mentakrifkan semula penceritaan ulasan budaya moden, Majoriti 7 bakal menyajikan kandungan progresif yang menjadi bahan perbincangan umum.

Berinspirasi daripada gaya hidup urban, slogan Majoriti 7 'Adrenalin Metropolitan' mencerminkan lensa uniknya di persada tempatan dan antarabangsa.

Sebagai platform baharu yang menghubungkan pembaca kepada pengiklan premium, penerbitan secara mingguan itu boleh diperoleh pada setiap Khamis di kafe Starbucks dan restoran De.Wan 1958 terpilih.

Akhbar Majoriti 7 juga boleh didapati di cawangan 7-Eleven terpilih mahupun PETRONAS Mesra di sekitar Lembah Klang dengan harga RM8 bagi setiap naskah.

Menurut ketua produk, Chung Eng Lee, saluran pengedaran unik Majoriti 7 membolehkan para pengiklan berkomunikasi secara langsung dengan pembaca yang disasarkan sekali gus mengukuhkan jenama masing-masing.

"Ia adalah peluang yang baik untuk kami bekerjasama dengan syarikat jenama terkenal yang bergema dengan kandungan berwibawa Majoriti 7.

"Menerusi akhbar premium mingguan ini, syarikat jenama juga dapat mengetengahkan ciri-ciri dan tawaran menarik mereka. Dengan era baharu penerbitan cetak ini, kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk meneroka jalinan kerjasama," tambahnya.

Memfokuskan pada laporan khas tentang isu semasa, Majoriti 7 akan menampilkan artikel mengenai pelbagai topik daripada segi kewangan dan perniagaan kepada spektrum gaya hidup masyarakat.

Pemimpin redaksi Majoriti 7, Suzie Adnan berkata, Majoriti 7 adalah akhbar mingguan pertama dalam bahasa kebangsaan yang kandungannya disusun khas untuk merangkumi pelbagai segmen bagi memenuhi keperluan komuniti metropolitan.

"Daripada mengulas mengenai isu semasa, hingga paparan mengenai kisah individu, gaya serta lokasi-lokasi eksklusif, Majoriti 7 memaparkan budaya serta pencapaian yang membentuk komuniti kita,” katanya.

Syarikat yang berminat untuk mengembangkan jangkauan produk dan jenama mereka boleh berhubung dengan pasukan Majoriti 7 di sini.

StoryImage_BM

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain